Showing posts with label BM. Show all posts
Showing posts with label BM. Show all posts

Wednesday, April 19, 2023

Kepentingan makanan seimbang

 Makanan seimbang sangat penting untuk menjaga kesehatan dan kesejahteraan kita. Makanan yang seimbang mengandung nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk mempertahankan fungsi organ-organ penting dan menjaga keseimbangan energi. Makanan seimbang tidak hanya mempengaruhi kesehatan fisik kita, tetapi juga kesehatan mental dan emosional kita.

Makanan seimbang mencakup semua jenis makanan dari berbagai kelompok makanan. Ini termasuk buah-buahan, sayuran, biji-bijian, protein, dan produk susu. Memiliki diet yang seimbang dapat membantu menjaga berat badan yang sehat, meningkatkan energi, memperkuat sistem kekebalan tubuh, dan meminimalkan risiko terkena berbagai penyakit.

Dalam makanan seimbang, penting untuk memperhatikan jumlah kalori dan jenis makanan yang kita konsumsi. Konsumsi terlalu banyak kalori dapat menyebabkan kelebihan berat badan dan obesitas, yang dapat meningkatkan risiko terkena penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, dan beberapa jenis kanker. Oleh karena itu, penting untuk mengontrol jumlah kalori yang kita konsumsi dengan memilih makanan yang rendah lemak dan kalori, dan memperhatikan ukuran porsi.

Selain itu, kita juga perlu memperhatikan jenis makanan yang kita konsumsi. Makanan yang seimbang mengandung berbagai jenis nutrisi penting, seperti protein, karbohidrat, vitamin, dan mineral. Kekurangan nutrisi tertentu dapat menyebabkan masalah kesehatan, seperti anemia, kekurangan gizi, dan masalah kesehatan lainnya.

Makanan seimbang juga dapat membantu meningkatkan kesehatan mental dan emosional kita. Makanan yang seimbang dapat membantu menjaga kadar gula darah yang stabil, yang dapat membantu mengurangi kecemasan dan depresi. Selain itu, mengonsumsi makanan yang seimbang dapat membantu memperbaiki kualitas tidur dan meningkatkan energi sepanjang hari.

Dalam kesimpulannya, makanan seimbang sangat penting bagi kesehatan dan kesejahteraan kita. Dengan memilih makanan yang seimbang dan memperhatikan jumlah kalori dan jenis makanan yang kita konsumsi, kita dapat menjaga berat badan yang sehat, meningkatkan energi, memperkuat sistem kekebalan tubuh, dan meminimalkan risiko terkena berbagai penyakit. Oleh karena itu, penting bagi kita untuk memperhatikan pola makan kita dan memastikan bahwa kita mengonsumsi makanan yang seimbang dan bergizi.

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

 Alam sekitar adalah aspek penting yang memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Alam sekitar mencakup segala-galanya dari udara, air, tanah, dan makhluk hidup yang ada di sekitar kita. Ini adalah sumber daya yang penting bagi kehidupan manusia, dan oleh karena itu menjaganya adalah suatu kewajiban.

Menjaga alam sekitar memiliki banyak kepentingan. Pertama, menjaga alam sekitar dapat membantu memperbaiki kualitas udara yang kita hirup setiap hari. Udara yang bersih sangat penting bagi kesehatan kita, dan polusi udara dapat menyebabkan masalah pernapasan dan kesehatan lainnya. Dengan menjaga alam sekitar, kita dapat mengurangi polusi udara dan menjaga udara tetap segar dan bersih.

Kedua, menjaga alam sekitar dapat membantu mempertahankan keseimbangan ekosistem. Setiap makhluk hidup, baik itu hewan, tumbuhan, atau mikroorganisme, memiliki peran yang penting dalam menjaga keseimbangan alam. Jika satu spesies hilang atau terganggu, maka akan berdampak pada ekosistem secara keseluruhan. Oleh karena itu, menjaga alam sekitar dan spesies-spesies yang hidup di dalamnya adalah penting untuk menjaga keseimbangan ekosistem.

Ketiga, menjaga alam sekitar dapat membantu mengurangi dampak perubahan iklim. Dengan mengurangi penggunaan energi fosil dan beralih ke sumber energi terbarukan, seperti energi surya dan angin, kita dapat mengurangi emisi karbon dioksida ke atmosfer. Hal ini dapat membantu memperlambat laju perubahan iklim dan meminimalkan dampaknya pada lingkungan dan manusia.

Terakhir, menjaga alam sekitar dapat memberikan manfaat bagi kehidupan kita sendiri. Alam sekitar adalah sumber daya yang tak terbatas, dan jika kita dapat menjaganya dengan baik, maka kita dapat mengambil manfaat dari sumber daya tersebut untuk memenuhi kebutuhan hidup kita. Misalnya, air yang bersih dan segar sangat penting bagi kesehatan kita, dan tanah yang subur dan produktif dapat memberikan makanan yang cukup bagi manusia dan hewan.

Secara keseluruhan, menjaga alam sekitar sangat penting bagi kehidupan kita dan keseimbangan lingkungan secara keseluruhan. Oleh karena itu, kita semua harus berperan aktif dalam menjaga alam sekitar dan melakukan tindakan yang positif untuk memastikan bahwa alam sekitar tetap sehat dan lestari untuk generasi masa depan.

Wednesday, October 5, 2022

SPM ✨Ucapan(domain:PERIBADI )

 Datuk Punch Gunalan (4 Februari 1944 15 Ogos 2012) ialah bekas pemain badminton Malaysia yang dikenang sebagai tokoh legenda badminton negara. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban bersama dengan Profesor Emeritus Tan Sri Dato Dr. Mohd Rashdan Baba, iaitu Naib Cancelor UPM. Beliau mengambil peperiksaan HSC pada tahun 1963 dan belajar di Kolej Teknologi Brighton, Sussex, England dalam jurusan kejuruteraan mekanikal (1964-1967).

 Punch dinobatkan sebagai Olahragawan Negara sebanyak dua kali oleh kerajaan Malaysia, iaitu pada tahun 1969 dan 1974. Nama beliau turut tercatat sebagai Tokoh Pengisahan Sejarah Piala Thomas oleh Arkib Negara Malaysia pada 27 April 2000.

(Sumber: Wikipedia Ensiklopedia Bebas, https://ms.wikipedia.org/wiki/Punch_Gunalan)


Petikan di atas menceritakan kejayaan seorang tokoh Olahragawan Negara dalam bidang sukan badminton Anda telah dipilih sebagai olahragawan negeri. Dalam satu majlis meraikan kejayaan anda di sekolah, anda telah diminta untuk menyampaikan ucapan.

🔸Sediakan teks ucapan anda itu selengkapnya.


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Hajah Shamsidar binti Ali guru-guru penolong kanan, guru-guru, seterusnya rakan-rakan yang dikasihi. Selamat pagi dan salam sejahtera.

   Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Tuhan kerana memberikan kejayaan yang tidak pernah saya jangkakan ini. Sesungguhnya, iktibar daripada kejayaan saya ini ialah jika kita bersungguh-sungguh dalam apa-apa sahaja bidang, kejayaan sudah tentu dalam genggaman kita. Hal ini sejajar dengan peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Saya berharap agar kejayaan saya ini turut menjadi pendorong kepada rakan-rakan lain untuk menempa kejayaan dalam bidang-bidang yang lain.

 Hadirin yang dihormati,

    Saya ingin mengalungkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Pengetua. Puan Hajah Shamsidar binti Ali kerana beliau banyak memberikan dorongan kepada saya. Saya cukup terharu apabila beliau sanggup melapangkan masa untuk menyaksikan saya berlatih pada waktu petang. Selain itu, beliau banyak menyuntik kata-kata semangat kepada saya agar berlatih dengan bersungguh-sungguh. Malahan, pengalaman beliau yang pernah menjadi ratu trek negara pada tahun 1970-an banyak membantu kejayaan saya. Sesungguhnya, sekolah kita amat berbangga kerana memiliki pengetua yang cukup prihatin terhadap kejayaan sekolah.

    Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada jurulatih saya, Cikgu Adham bin Hamid. Beliau banyak berkorban tenaga bagi memastikan saya mendapat bimbingan yang terbaik. Malahan, beliau sanggup mengorbankan masa senggangnya semata-mata mahu saya membuat latihan yang rapi. Beliau juga banyak mengajar saya teknik larian yang berkesan, di samping mengamalkan pemakanan yang dapat meningkatkan stamina saya. Walaupun latihan yang diterapkan kepada saya agak keras dan lasak, tetapi hasilnya cukup berbaloi kerana saya berpegang kepada prinsip genggam bara api biar sampai jadi arang.

 Para hadirin,

    Dalam apa-apa sahaja pertandingan yang kita sertai, sudah tentu kita mengharapkan kemenangan kerana kemenangan itu akan menjadikan kita dikagumi dan disanjungi. Namun begitu, bags saya, yang lebih penting dalam pertandingan sukan ini adalah dengan mengambil bahagian, mengutamakan semangat kesukanan, dan mengutamakan matlamat bersukan itu sendiri, iaitu untuk menjamin kesihatan fizikal dan kesejahteraan diri. Saya yakin bahawa seandainya saya dan rakan-rakan berpegang kepada prinsip ini, maka kita akan memiliki nilai diri yang tinggi yang akan kita jadikan prinsip hidup kita pada masa hadapan. Prinsip inilah juga yang menjadi rahsia kejayaan saya dirabalkan sebagai olahragawan negeri.

   Jika kita imbas pencapaian sukan sekolah kita sepanjang tahun ini semula, saya dapat: bahawa pencapaian sukan sekolah kita meningkat dengan mendadak Kejayaan ini dicapai hasil komitmen daripada semua pihak yang berpegang kepada prinsip "agi idup agi ngelaban" yang pernah diungkapkan oleh tokoh pejuang Sarawak. Disiplin yang diamalkan oleh para atlet sekolah cukup membanggakan semua pihak. Para atlet sekolah kita datang berlatih tepat pada masanya dan bersungguh-sungguh demi mengharumkan nama sekolah. Kejayaan ini membuktikan bahawa untuk berjaya dalam apa-apa bidang terasnya ialah disiplin dan kesungguhan.

Hadirin sekalian,

    Negarawan kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengungkapkan bahawa lebih sukar untuk mempertahankan kejayaan daripada mencapai kejayaan itu. Ungkapan ini menunjukkan bahawa usaha mengekalkan kejayaan itu amat payah berbanding dengan mendapatkannya, oleh itu saya berharap agar kejayaan saya dinobatkan sebagai Olahragawan Negeri Perak akan dapat disambung oleh murid lain sekolah kita. Bagi mencapai hasrat tersebut, marilah kita sama-sama bersepakat untuk meningkatkan mutu sukan sekolah kita dan bersama-sama komited untuk memecahkan sebanyak mungkin rekod kejohanan, mempamerkan disiplin individu dan kontinjen ke tahap yang maksimum, mengeratkan hubungan silaturahim ke tahap optimum, dan memberikan kerjasama yang terbaik kepada semua guru di sekolah ini. Sekian sahaja ucapan saya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pentadbir dan guru-guru sekolah yang banyak membantu kejayaan saya. Sekian, terima kasih.

Monday, October 3, 2022

SPM✨Contoh soalan KBAT (COVID19)


 

Petikan akhbar di atas menyatakan tindakan yang dijalankan oleh pihak berkuasa untuk merawat pesakit COVID-19. Pelbagai langkah perlu dilakukan bagi mengekang pandemik ini yang menimbulkan keresahan dan kebimbangan manusia sejagat.

🍂Nyatakan, langkah-langkah untuk mengekang penularan penyakit berjangkit ini.

✨Jawapan:

🎀Pendahuluan:

penularan pandemik COVID-19 dan influenza lain yang semakin meningkat menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat - penularan wabak ini bukan sahaja berlaku secara domestik, malah merentas sempadan negara - merebak dari satu negara ke negara lain akibat migrasi dan aktiviti manusia sejagat jutaan jiwa telah terkorban akibat pandemik ini dikhabarkan tentang kematian ini melalui media-media massa

🎀Isi-isi

(a) mencegah adalah lebih baik daripada merawat setiap orang perlu menjaga kebersihan diri dengan membasuh tangan, mandi, dan menggunakan pensanitasi tangan-tidak keluar rumah jika tidak mempunyai urusan-berada di rumah adalah lebih selamat berbanding di tempat-tempat awam - segala urusan berkaitan bank dan pembayaran bil boleh dilakukan secara dalam tatian

(b) mengamalkan norma baharu, iaitu kerap membasun tangan, penjarakan sosial, dan menggunakan pelitup muka - elakkan diri daripada berada di tempat yang sesak atau sempit serta berbual-bual dalam jarak yang dekat-jarak yang sesuai bagi menghalang penyebaran virus ialah sekurang-kurangnya satu meter

(c) pelbagai kempen kesedaran dilakukan oleh pihak yang terlibat bagi menyedarkan masyarakat tentang bahaya pandemik COVID-19 ini sikap sambalewa sesetengah masyarakat menyebabkan virus ini menular dengan pantas dan sukar dikawal - peribahasa sudah terhantuk baru tengadah dan sesal dahulu pendapatan, sesat kemudian tiada gunanya perlu dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian

(d) usaha-usaha berterusan perlu dijalankan oleh pihak berkuasa di negara ini agar wabak berbahaya ini tidak meragut lebih banyak nyawa - antaranya ialah menyekat pergerakan orang awam - memperkenalkan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP), Peraturan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Peraturan Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), dan Peraturan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)- mengekang penularan pandemik COVID-19

(e) sempadan-sempadan negara dikawal ketat dan ditutup untuk kemasukan pelawat atau pelancong dari luar negara rakyat negara ini yang baru pulang dari negara luar akan dikuarantin selama 14 hari tindakan undang-undang dikenakan kepada orang awam yang melanggar peraturan yang ditetapkan - mengenakan denda kepada individu yang tidak memakai pelitup muka dan tidak melakukan penjarakan sosial tindakan yang lebih berat dikenakan kepada individu yang melanggar perintah kuarantin

🎀Penutup:

pandemik ini masih belum dapat dikawal sepenuhnya setiap masyarakat perlu membiasakan diri dengan norma baharu dalam kehidupan seharian dengan mengutamakan langkah-langkah pencegahan - memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa-slogan "Kita Jaga Kita" dan "Kita Masih Belum Menang" memberikan ingatan kepada kita agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati



Saturday, October 1, 2022

Format menulis karangan✨

 𝑭𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 

🌲𝙇𝙖𝙥𝙤𝙧𝙖𝙣 

1. Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal, peristiwa, ataupun kajian.

2. Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada empat jenis:

(a)Laporan kegiatan persatuan

(b) Laporan aktiviti seperti perbahasan, lawatan,bercerita, atau pameran

(c) Laporan minit mesyuarat

(d) Laporan kajian 

3.Calon perlu benar-benar terlibat atau mengetahui peristiwa yang dilaporkan dan mesti berdasarkan kenyataan, bukan khayalan.

4. Elakkan menggunakan bahasa kreatif. 

5.Format laporan tentang kegiatan persatuan dan laporan aktiviti seperti berikut:

(a) Tajuk laporan ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata kecuali kata sendi, kata hubung, dan kata sandang, lalu digariskan di bawahnya atau huruf besar sepenuhnya.

(b) Isi dimulakan dengan pendahuluan dan diakhirie dengan penutup, sama seperti karangan biasa.

(c) Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir dengan melangkau dua atau tiga baris kosong dan diakhiri dengan tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar.

(d) Tarikh ditulis di sebelah kanan, setentang dengan pengakuan pelapor.

(e) Tandatangan pelapor ditulis di sudut kiri selepas pengakuan pelapor.

(f) Nama pelapor ditulis dengan huruf besar sepenuhnya dalam kurungan selepas tandatangan.

(g) Jawatan pelapor dan nama persatuan yang diwakili ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan diakhiri dengan tanda noktah.

6.Biasanya ungkapan yang diutarakan ialah "berikan pendapat", dan "kemukakan hujah".

7.Untuk mencantikkan penghujahan, calon digalakkan menyertakan pendapat tokoh tertentu, peribahasa, hadis, mutiara kata, dan puisi.


🌲𝙍𝙚𝙣𝙘𝙖𝙣𝙖/𝙐𝙡𝙖𝙨𝙖𝙣

1. Karangan jenis ini termasuk juga esei.

2. Karangan jenis ini ditulis untuk siaran akhbar atau majalah.

3. Ditulis untuk memberikan penerangan tentang sesuatu tajuk atau isu bagi maklumat para pembaca. 

4 .Rencana boleh ditulis dalam bentuk rencana berita dan rencana umum.

5. Ditulis berdasarkan pemerhatian, penyelidikan, dan wawancara.

6. Bagi rencana bersifat ilmiah, calon perlu memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam.

7. Laras bahasa berdasarkan jenis rencana sama ada rencana akademik, hiburan, politik, kebudayaan, dan agama.

8. Perlu meletakkan tajuk dan nama penulis rencana.


🌲𝙎𝙪𝙧𝙖𝙩 𝙆𝙞𝙧𝙞𝙢𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞

1.Surat kiriman rasmi ialah karangan berformat dan calon perlu mematuhi format yang ditetapkan untuk mengelakkan ditolak empat markah.

2 .Beberapa contoh surat kiriman rasmi ialah surat permohonan, surat aduan/ bantahan, surat perniagaan, surat rayuan, surat undangan, dan surat cadangan.

3. Calon perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat, padat, dan elakkan bahasa yang berbunga-bunga.

4. Format surat kiriman rasmi adalah seperti berikut: 

(a) Alamat pengiriman ditulis lengkap di sudut atas sebelah kanan.

(b) Garisan panjang melintang dibuat selepas menulis alamat pengirim selang satu atau dua baris kosong dari alamat pengirim.

(c) Nama dan alamat penerima ditulis di bawah garisan panjang, iaitu di sudut sebelah kiri serta sejajar dengan alamat pengirim. Baris akhir alamat penerima perlu digaris.

(d) Tarikh ditulis di sebelah kanan surat, iaitu sebaris dengan alamat akhir penerima. Hari bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar sepenuhnya dan diletak noktah (.).

(e) Panggilan hormat penerima, contohnya Tan Sri, Datuk Seri, Tuan, Puan, dan sebagainya ditulis di bawah alamat penerima selepas melangkau satu atau dua baris kosong.

(f) Perkara surat ditulis selepas panggilan hormat penerima sesudah melangkau satu atau dua baris kosong. Gunakan huruf besar untuk setiap awal kata (kecuali kata sendi, kata hubung, dan kata sandang). Jangan sesekali letakkan noktah (.) di akhir ayat.

(g) Perenggan pendahuluan dimulakan dari tepi surat selepas melangkau satu atau dua baris kosong. Nombor tidak perlu diberikan pada awal perenggan pertama.

(h) Setiap perenggan isi diberikan nombor serta tanda noktah (.). Permulaan ayat ditulis ke dalam sedikit. Bagi perenggan yang mempunyai pecahan, gunakanlah huruf abjad (a), (b), dan seterusnya.

(i) Perenggan penutup dimulakan dari tepi surat, sejajar dengan perenggan pendahuluan dan tidak diberikan nombor.

(j) Pengakuan pengirim, misalnya Yang benar, Yang menjalankan tugas, Yang ikhlas, dan seumpamanya ditulis di sebelah kiri surat selepas perenggan penutup dengan melangkau dua atau tiga baris kosong. Huruf pertama pada kata mestilah huruf besar dan perlu diakhiri dengan tanda koma (,).

(k) Tandatangan pengirim diletakkan di sudut kiri surat selepas pengakuan pengirim.

(l) Nama pengirim ditulis surat dengan huruf besar sepenuhnya dan terletak dalam kurungan. Jawatan pengirim diletak di bawah nama pengirim.

5.Kelemahan calon ialah tidak mematuhi format yang ditetapkan (dengan mencampuradukkan format surat kiriman tidak rasmi), menggunakan panggilan yang salah, dan bahasa kreatif.

🌲𝙎𝙪𝙧𝙖𝙩 𝙏𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞

1.Karangan ini jenis berformat.

2. Ada beberapa jenis surat tidak rasmi seperti surat bertanya khabar dan ingin mengetahui sesuatu perkara, surat tahniah, dan surat takziah.

3. Walaupun surat tidak rasmi, tetapi penggunaan bahasa perlu baku dengan mematuhi hukuma tatabahasa.

4. Gunakan bahasa yang mudah, tepat, dan padat yang sesuai kepada sasaran penerima.

5.Gunakanpanggilan yang sesuai seperti kakanda/kanda, ibunda/bonda, ayahanda, nenda, dan cucunda. 

6.Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut:

(a) Alamat pengirim ditulis sepenuhnya di sudut atas sebelah kanan surat.

(b) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dan bubuh tanda noktah (.) di hujungnya.

(c) Pembuka kata dimulakan dari tepi selepas selang satu atau dua baris kosong dan tarikh(cara lama dimulakan ke tengah sedikit).

(d) Kata ganti diri penerima ditulis di sebelah kiri tepi surat (tidak perlu ke dalam sedikit). 

(e) Perenggan isi dimulakan ke dalam sedikit sejajar dengan pembuka kata. 

(f) Penutup dimulakan ke dalam sedikit, sejajar dengan pembuka kata.

((g) Pengakuan pengirim ditulis di sebelah kanan surat selepas dua atau tiga baris kosong dari penutup dan diakhiri tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar. 

 (h) Tandatangan ditulis di bawah pengakuan pengirim.

(i) Nama pengirim boleh ditulis atau tidak.

7 Kelemahan calon ialah menulis menyalahi format yang ditetapkan. Sesetengahnya mencampuradukkan dengan format surat kiriman rasmi. Terdapat calon menggunakan bahasa basahan dan tidak menggunakan kata menghadap (panggilan hormat yang betul), contohnya menggunakan panggilan "ayah" sedangkan sepatutnya "ayahanda".

Monday, August 15, 2022

SPM✨PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK SAHSIAH DAN AKHLAK ANAK-ANAK

        Profeser Diraja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profit pertama bagi anak-anak mereka. Kata-kata beliau jelas menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan afdal dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Dalam aru modenisasi ini, sahsiah dan karaktit anak-anak muda yang berusia setahun jagung telah terjejas secara kronik dan gelaja sosial pula semakin bersandiwara. Ibu bapa merupakan pihak pertama yang harus dipersalahkan bagi fenomena ini kerana anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakannya warna.

       Antara tanggungjawab ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak ialah ibu bapa harus menjadi suri teladan yang sempurna. (MENGAPA?) Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak sering meniru, mengikuti dan mencontohi setiap perbuatan dan tindak - tanduk ibu bapa bak kata mutihara ke mana tumpahnya kuah kalau ke nasi. (BAGAIMANA?) Oleh itu, ibu bapa dapat dinasihati agar memaparkan fiil dan kelakuan yang mulia dan positif di hadapan anak-anak. (CONTOH?) Sebagai tamsilnaya, ibu bapa mesti menhindari tabiat merokok, penyalahgunaan dadah dan pengambilan minuman keras. (AYAT PENEGASAN) Tuntasnya, ibu bapa sebagai jentera pentadbiran institusi patut menjadi modal yang terbaik untuk membentuk akhlak anak-anak.

      Selain itu, ibu bapa wajarlah memberikan didikan keagamaan kepada anak-anak mereka. (MENGAPA?) Hal ini demikian kerana, didikan keagamaan dapat membantu anak-anak untuk membezakan enam perkara iaitu baik,buruk, dosa, pahala, halal dan haram dalam setiap perbuatan dan tindakan. (CONTOH) Sebagai contoh anak-anak yang memiliki didikan agama mampu menghindari tabiat merokok , pengambilan minuman keras, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. (BAGAIMANA?) Oleh itu, ibu bapa dinasihati agar membawa anak-anak ke tempat-tempat ibadat seperti kuil,masjid, tokong cina, gereja dan sebagainya. (AYAT PENEGASAN ISI) Pendek kata, ilmu kerohanian mesti diterapkan oleh ibu bapa dalam sanubari anak-anak untuk mengukir sahsia anak-anak.

     Di samping itu, ibu bapa mesti memantau dan mengawasi gerak-geri dan tindak- tanduk anak-anak. (MENGAPA?) Anak-anak muda yang berusia setahun jagung mudah menjerumuskan diri dalam perkara-perkara negatif yang mampu memusnahkan masa hadapan anak-anak. (BAGAIMANA?) Oleh hal yang demikian kerana, ibu bapa disarankan agar menjalinkan hubungan yang baik dengan sekolah khususnya guru displin dan guru kelas. (APAKAH KESAN?) Sebagai impaknya sebarang masalah displin dan salah laku dapat diketuai oleh ibu bapa pada peringkat awal kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. (AYAT PENEGASAN ISI) Tuntasnya, pemantauan dan pengawasan gerak-geri anak-anak oleh ibu bapa mampu menzahirkan anak-anak yang berkualiti.

     Sebagai kesimpulannya, ibu bapa berada di tangga teratsa untuk membentuk sahsiah and akhlak anak-anak. Ibu bapa yang menjadi nadi utama keluarga mestilah menggunakan pendekatan yang diplomatik dan bukanlah ageresif supaya nasihat dan teguran mereka tidak menjadi ibarat hujan jatuh ke pasir. Pihak kerajaan pula perlu mengatur pelbagai strategi agar dapat melahirkan generasi muda yang berketerampilan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Kegagalan untuk membentuk sahsia anak-anak boleh menyebabakan imej dan maruah negara diri anak-anak terjejas secara kronik.

 

Sunday, December 12, 2021

PT3✨ CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM

   Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap diperkatakan dalam surat khabar dan televisyen. Perpaduan kaum mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, isu perpaduan kaum tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara bagi memupuk perpaduan kaum di negara kita.


   Keluarga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana ibu bapa boleh mendidik anak-anak agar berbaik-baik dengan kaum lain. Oleh itu, Ibu bapa mesti menjadi contoh kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat menghormati terhadap jiran berbilang kaum. Semasa hari perayaan kaum pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi rumah jiran tetangga.

  Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Contohnya, masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Jika ada wujudnya masalah kaum, pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

  Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda seseorang tentang sesuatu perkara. Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan iklan iklan yang membawa mesej perpaduan kaum. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebalkan perpaduan kaum.

  Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebalkan perpaduan kaum secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang program yang melibatkan pelbagai kaum di kalangan pelajar sekolah. Antara program yang boleh dilaksanakan lalah program sukan dan bergotong-royong bagi menceriakan kawasan sekolah.

  Pihak lain yang boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum lalah pihak kerajaan. Hal Ini kerana pihak kerajaan mempunyal sumber kewangan bag melaksanakan program yang boleh memupuk perpaduan kaum Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan program yang baik ke arah perpaduan kaum dan la mesti diteruskan Pihak kerajaan juga boleh menangkap individu yang cuba untuk merosakkan perpaduan kaum

  Sebagal kesimpulan, terdapat beberapa cara untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Semua kaum mesti mementingkan negara daripada kepentingan diri sendiri dan kaum. Pada pendapat saya, perpaduan haum membolehkan Malaysia menjadi destinasi pelabur asing untuk melabur. Justeru, perpaduan kaum yang wujud membolehkan Malaysia terus aman dan maju

KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR (tahap2)

  Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Hutan, ungal laut. uclara, dan sebagainya penting kepada semua hidupan di muka bumi Kita perlu menjaga alam sekitar supaya semua hidupan dapat hidup harmoni. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan manusia. Hal ini dapat mencegah pelbagai penyakit berbahaya seperti denggi dan faun

  Setiap insan harus juga ada perasaan tanggungjawab untuk memulihara alam sekeliling. Hal ini penting bagi mengelakkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat.

  Selain itu, penerokaan hutan yang tidak terkawal dapat mewujudkan ketidak seimbangan ekosistem seperti kurangnya sumber air sebagai akibat berkurangnya kawasan tadahan hujan.

  Penerokaan juga dapat memusnahkan flora dan fauna yang berharga. Penerokaan perlu demi pembangunan namun harusian diseimbangkan dengan keperluan akan datang. Sebagai contoh, hutan balak perlulah ditanam semula dan haiwan-haiwan liar dipindahkan ke hutan simpan supaya hidupan ini tidak pupus. 

  Oleh itu semua pihak harus sedar tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Janganlah rosakkan alam ini dan jagallah sebaik mungkin.

PT3✨KEBAIKAN INTERNET

 Isu-isu yang berkaitan dengan internet kerap juga menjadi bahan perbincangan dalam televisyen dan surat khabar. Hal Ini kerana Internet boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, kita hendaklah menggunakan internet dengan baik. Sebenarnya, terdapat beberapa kebaikan jika kita menggunakan Internet dengan baik.

  
  Antara kebaikan internet lalah la membolehkan kita mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. Internet banyak digunakan oleh pelajar sekolah dan pelajar universiti untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran. Dengan menggunakan perkhidmatan Internet, kita akan mendapat maklumat yang diperlukan dengan cepat dan kosnya pun murah. Maklumat-maklumat ini boleh dicetak atau disimpan dalam komputer

  Selain itu, kita juga boleh menggunakan Internet untuk menghantar sesuatu berita atau maklumat. Kita boleh menghantar maklumat atau berita melalui perkhidmatan e-mel. Perkhidmatan e-mel ini adalah percuma dan cepat sampal kepada pihak penerima. Pihak penerima juga boleh menghantar maklumat atau berita kepada kita dengan cepat.

  Kebaikan Internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia Dengan ini peniaga pasti akan mendapatkeuntungan yang lebih banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila membeli barang-barang daripada Internet.

  Di samping itu, kita juga boleh membayar pelbagai jenis bil melalui internet. Dengan kemudahan yang ada di Internet ini, kita boleh menjimatkan wang bagi kos pengangkutan untuk membayar bil. Kita juga dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi untuk beratur panjang di kaunter pembayaran bil. Antara bil-bil yang boleh dibayar menggunakan perkhidmatan internet lalah bil telefon, elektrik dan air.

  Dengan menggunakan internet, kita juga boleh mendapatkan pelbagai jenis hiburan. Kita boleh mendengar radio daripada pelbagal stesen radio. Kita juga boleh menonton televisyen daripada pelbagal stesen televisyen. Melalui perkhidmatan internet, kita juga boleh menonton pelbagai jenis sukan seluruh dunia secara langsung

  Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kebaikan internet kepada kita. Namun demikian, internet juga boleh mendatangkan masalah dan kesan negatif kepada kita. Pada pendapat saya, ibu bapa perlu memantau penggunaan Internet di kalangan anak anak mereka. Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk mengurangkan kesan negatif Internet terhadap para pelajar

Saturday, December 4, 2021

SPM✨ Surat Rasmi (domain : awam)

 Ibu bapa perlu lebih banyak memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan keluarga, memandangkan sebanyak 95 peratus kes disiplin murid berpunca daripada keluarga yang bermasalah, kata pakar motivasi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsali.Beliau berkata, menurut kajian, golongan yang bermasalah ini terdiri daripada mereka yang mempunyai ibu bapa tetapi telah bercerai, selain tindakan ibu bapa yang melayan anak dengan kasar seperti menengking dan memukul."Kasih sayang perlu bermula dari rumah, iaitu daripada ibu bapa sendiri supaya masalah ini tidak akan berterusan sehingga mewujudkan masalah sosial. Kasih sayang juga perlu dipupuk di sekolah. Guru-guru dan murid perlu mempamerkan kasih sayang. Dengan ini, masalah displin akan berkurangan," katanya.

 (Dipetik daripada rencana "95% Masalah Disiplin Berpunca daripada Keluarga Bermasalah", BERNAMA, 3 April

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak. Sejak akhir-akhir ini, mutu disiplin murid di sekolah anda semakin merosot. Sebagai murid yang prihatin, anda ingin menulis surat aduan kepada guru disiplin sekolah anda tentang hal tersebut dengan menyatakan masalah-masalah yang berlaku.

Tulis surat tersebut sepunuhnya.


Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jelok,

36750 Langkap,

Perak Darul Ridzuan.

                                                                                                                       

Ketua Guru Disiplin,

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jelok,

36750 Langkap,

Perak Darul Ridzuan.                                                                                         15 Mac 2021


Tuan,

 

Aduan tentang Masalah Disiplin Murid Sekolah

 Merujuk perkara di atas saya, Dharma Dharishini, murid Tingkatan Lima Cekal ingin membuat aduan tentang masalah disiplin murid di sekolah kita yang pada pendapat saya semakin serius sejak kebelakangan ini

2 Antara masalah disiplin yang paling membimbangkan ialah semakin banyak murid sekolah ini yang menghisap rokok di kawasan sekolah Aktiviti yang membahayakan kesihatan ini biasanya dilakukan oleh murid tingkatan tiga, empat, dan lima Mereka menghisap rokok di belakang blok Kemahiran Hidup yang agak terpencil dari bangunan bangunan lain Biasanya, mereka menghisap rokok di situ pada waktu rehat dan selepas waktu persekolahan berakhir Memang ada pengawas yang mengetahui kegiatan ini tetapi tidak ada sesiapa yang berani membuat laporan kepada tuan kerana bimbang akan keselamatan mereka

3. Selain itu, masalah disiplin yang agak kritikal ialah masalah murid ponteng sekolah. Murid yang ponteng sekolah ini biasanya melepak di sebuah rumah kosong yang terletak di kawasan belukar di hadapan sekolah. Pada setiap hari dianggarkan 15 orang murid tingkatan empat yang ponteng sekolah Murid murid itu terdiri daripada murid Tingkatan Empat Tabah dan Tingkatan Empat Gigih Hal yang membimbangkan adalah pada waktu itu mereka menghisap rokok dan turut menonton video pornografi Tuntasnya, sepanjang tempoh ponteng itu, mereka bebas melakukan aktiviti yang negatif.

 4. Sekolah ini juga turut berhadapan dengan masalah disiplin yang lain, iaitu budaya peras ugut demi mendapatkan wang kegiatan ini dilakukan oleh murid murid yang sensor kepada murid tingkatan satu dan dua Kegiatan ini menyebabkan murid murid yang menjadi mangsa peras ugut berada dalam ketakutan dan mereka terpaksa tunduk terhadap ugutan murid tersebut. Murid murid yang menjadi mangsa peras ugut tidak berani melaporkan kegiatan mu kepada ibu bapa atau guru kerana bimbang akan diambil tindakan oleh murid senior berkenaan Saya telah beberapa kali terserempak dengan murid yang melakukan perbuatan ini dan menasihati mereka supaya tidak melakukan aktiviti ini tetapi nasihat saya langsung tidak diendahkan

 5. Satu lagi masalah disiplin murid di sekolah ini ialah tidak prihatin terhadap kebersihan sekolah Mand sewenang-wenangnya membuang sampah di merata rata tempat tanpa sekelumit pun rasa bersalah. Natijahnya, sampah sarap bertaburan di merata-rata tempat di sekolah kita. Hal ini amat menyedihkan kerana sebuah sekolah yang cemerlang seharusnya mempunyai persekitaran yang bersih dan ceria. Malahan, ada dalam kalangan murid sekolah ini yang seolah-olah membuli pekerja sekolah supaya mengutip sampah yang dibuang oleh mereka.

 6. Berdasarkan masalah-masalah yang saya utarakan tadi, saya suka mengesyorkan langkah-langkah yang proaktif untuk menanganinya. Pertama sekali, saya memohon jasa baik tuan dan guru-guru disiplin yang lain membuat rondaan di kawasan bangunan Kemahiran Hidup. jika perlu, mintalah kepada tuan pengetua untuk memasang kamera litar tutup di bangunan tersebut. Bagi mengatasi masalah ponteng sekolah pula, pihak sekolah perlu memanggil ibu bapa murid yang terlibat. Hal ini demikian kerana, ada ibu bapa yang tidak tahu tentang kegiatan ponteng yang dilakukan oleh anak mereka. Satu lagi, untuk mengatasi masalah peras ugut, pihak sekolah patut bertindak tegas terhadap murid-murid yang terbabit. Sementara itu, bagi mengatasi masalah kebersihan, pihak sekolah patut mengadakan kempen kebersihan dan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

 7. Saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah disiplin sekolah kita sejajar dengan seruan Kementerian Pelajaran yang mahu mewujudkan sekolah selamat. Segala usaha dan tindakan proaktif yang bakal tuan ambil saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 Sekian, terima kasih.

 Yang benar,

Erwina

(ERWINA EHSAN)

Setiausaha Jawatankuasa Majalah "Bagus"

Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby.

 

 

 

 


Saturday, August 7, 2021

KEBAIKAN KOMPUTER (karangan pt3)

    

     Pada masa ini ramai orang menggunakan komputer dalam kehidupan seharian. Komputer dianggap sebagai keperluan oleh pelajar universiti dan syarikat perniagaan. Pada pendapat saya, ibu bapa perlu membeli komputer untuk digunakan oleh ahli keluarga. Terdapat beberapa kebaikan jika kita menggunakan komputer dalam kehidupan seharian.
    
    Antara kebaikan komputer ialah memberi kebaikan kepada pelajar sekolah dan pelajar universiti. Dengan adanya komputer pelajar boleh menggunakan komputer untuk menaip kerja kursus. Pelajar juga boleh menggunakan komputer untuk melayari internet bagi mendapatkan bahan tambahan pembelajaran. Semua bahan yang ditaip dalam komputer ini boleh disimpan dan gunakan semula apabila diperlukan kelak.

    Kanak-kanak juga dapat manfaat daripada penggunaan komputer. Kanak-kanak boleh menggunakan komputer untuk belajar dan membuat latihan. Sesungguhnya, belajar dengan menggunakan komputer lebih menyeronokkan kanak-kanak. Kanak-kanak juga boleh menggunakan komputer untuk bermain kerana di dalam komputer terdapat pelbagai jenis permainan yang boleh membantu merangsang minda kanak-kanak.

    Di samping itu, lapangan terbang juga mendapat manfaat daripada penggunaan komputer. Segala urusan tentang penjualan tiket kapal terbang dapat berjalan dengan lancar dengan menggunakan komputer. Kapal terbang juga dapat berlepas dan mendarat dengan teratur dan selamat. Penggunaan komputer dalam kapal terbang juga dapat memudahkan juruterbang mengawal pergerakan kapal terbang.

    Penggunaan komputer juga telah memudahkan urusan pejabat kerajaan. Pejabat kerajaan dapat berfungsi dengan lebih baik sekaligus dapat memudahkan urusan pelanggan. Contoh, jabatan kerajaan yang banyak menggunakan komputer dalam urusannya ialah Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Jabatan Pendaftaran Negara akan dapat mengenal pasti identiti seseorang melalui cap jari yang disimpan dalam sistem komputer.

    Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai kebaikan penggunaan komputer kepada masyarakat dan pihak kerajaan. Namun demikian, komputer juga boleh mendatangkan kesan negatif apabila disalahgunakan. Pada pendapat saya, para pelajar perlu diajar menggunakan komputer dengan cara yang baik. Pihak kerajaan pula perlu membantu rakyat memiliki komputer demi kebaikan negara pada masa akan datang.

    Selain itu, komputer juga dapat memudahkan urusan pihak pengurusan bank. Contohnya, dengan penggunaan komputer, segala urusan keluar dan masuk wang dapat dijalankan dengan cepat dan mudah. Dengan ini masa menunggu pelanggan. akan berkurangan dan la dapat menyenangkan pelanggan. Penggunaan komputer juga membolehkan data-data pelanggan dapat disimpan dengan selamat.

Friday, August 6, 2021

CARA-CARA MENINGKATKAN AKTIVITI RIADAH (Karangan pt3)


    Hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti riadah kerap diperkatakan apabila kita membincangkan tentang amalan gaya hidup sihat. Aktiviti riadah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan apabila dilakukan bersama keluarga. Pada pandangan saya, aktiviti riadah ini perlu dilakukan oleh setiap keluarga sekerap mungkin. Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan aktiviti riadah dalam kalangan keluarga dan masyarakat.

    Keluarga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan aktiviti riadah. Ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk melakukan aktiviti riadah pada hujung minggu atau cuti umum. Aktiviti riadah ini boleh dilakukan di taman rekreasi atau di tepi pantai. Anak-anak yang sudah terbiasa dengan aktiviti riadah pasti akan melakukannya apabila mereka dewasa dan berkeluarga kelak.

    Selain itu, sekolah juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan aktiviti riadah. Guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan boleh mengingatkan pelajar tentang kebaikan aktiviti riadah. Pihak sekolah boleh memasukkan aktiviti riadah dalam program perkhemahan pelajar. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan aktiviti riadah di sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

    Media massa seperti televisyen juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan aktiviti riadah. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda masyarakat. Stesen televisyen contohnya boleh memaparkan rencana tentang kebaikan aktiviti riadah. Stesen televisyen juga boleh menunjukkan lokasi-lokasi menarik dan popular yang boleh dijadikan tempat aktiviti riadah untuk seisi keluarga.

    Di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan aktiviti riadah. KKM boleh mengeluarkan risalah tentang kebaikan aktiviti riadah. KKM juga boleh mengadakan ceramah di sekolah-sekolah bagi menerangkan kebaikan aktiviti riadah pada kesihatan kita. Ceramah tentang aktiviti riadah juga boleh diadakan di pusat pengajian tinggi, sektor awam dan juga sektor swasta.

    Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan aktiviti riadah. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk membina tempat bagi mengadakan aktiviti riadah. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen riadah pada peringkat kebangsaan. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang merosakkan kemudahan awam yang terdapat di tempat riadah demi menjamin keselesaan rakyat yang ingin beriadah bersama keluarga.

    Kesimpulannya, terdapat beberapa cara untuk meningkatkan aktiviti riadah dalam kalangan masyarakat. Sesungguhnya, aktiviti riadah banyak kebaikannya kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, aktiviti riadah ini perlu dipupuk dalam kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Dengan melakukan aktiviti riadah pasti kesihatan kita akan menjadi lebih baik dan kehidupan kita akan menjadi lebih bahagia.

PT3✨AMALAN MAKANAN SEIMBANG

    Makanan adalah keperluan asas manusia selain daripada pakaian dan tempat tinggal. Makanan yang kita makan akan memberi kesan kepada tubuh badan. Pada pandangan saya, kita perlu mengambil makanan seimbang untuk memastikan badan kita terus sihat. Makanan seimbang terdiri daripada kombinasi beberapa jenis makanan dan kita perlu makan mengikut had yang telah ditetapkan.


    Terdapat beberapa jenis makanan yang kita boleh makan dengan lebih banyak. Makanan jenis ini mengandungi karbohidrat. Contoh makanan jenis ini ialah bijirin dan ubi. ubian. Namun demikian, jika kita mengambil makanan ini secara berlebihan, badan kita akan menjadi gemuk dan ini akan menyukarkan pergerakan kita.

    Selain itu, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh dimakan dengan banyak. Contoh makanan jenis ini ialah buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan jenis ini mengandungi banyak vitamin yang amat penting bagi tubuh kita untuk melawan penyakit dan tumbesaran. Makanan berbentuk buah-buahan dan sayur-sayuran ini juga penting sebagai bahan pelawas.

    Terdapat makanan yang kita perlu makan secara sederhana. Makanan jenis ini membantu tubuh kita untuk menyerap zat dan ia juga amat penting untuk tumbesaran. Contoh makanan jenis ini ialah ikan, ayam dan kekacang. Makanan jenis ini mengandungi mineral dan ia amat penting untuk kesihatan badan.

    Di samping itu, ada jenis makanan yang kita perlu makan sedikit sahaja. Makanan jenis ini mengandungi banyak minyak dan lemak. Contoh makanan yang mengandungi banyak minyak dan lemak ialah buah kelapa dan lemak haiwan. Pengambilan makanan berminyak dan berlemak secara berlebihan akan menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti darah tinggi dan penyakit jantung.

    Air juga penting dalam pemakanan kita setiap hari. Kita perlu minum banyak air iaitu 8 hingga 11 gelas sehari. Selain menghilangkan dahaga, air juga dapat membantu aliran darah dalam badan. Kebaikan air yang lain ialah ia dapat membantu dalam membersihkan buah pinggang dan seterusnya buah pinggang dapat berfungsi dengan baik.

    Sebagai kesimpulan, pemakanan seimbang perlu kita amalkan setiap hari. Amalan makanan seimbang akan menjadikan kita sihat sepanjang hayat. Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu mengawal pengeluaran makanan segera yang tidak berkhasiat. Pihak kerajaan juga perlu mengadakan kempen amalan makanan seimbang secara berterusan agar pemakanan seimbang menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia.

KEPENTINGAN MENGAMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG (Karanga Pt3)

    Hal-hal yang berkaitan dengan pemakanan seimbang kerap ditekankan oleh pegawai perubatan apabila merawat pesakit. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan masyarakat di negara kita tidak mengamalkan pemakanan seimbang. Pada pendapat saya, isu pemakanan seimbang tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa sebab mengapa kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang.


    Pemakanan seimbang membolehkan kita hidup sihat sepanjang hayat. Pemakanan seimbang akan menjadikan tubuh kita membesar dalam keadaan yang sihat dan normal. Jika badan kita sihat, kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih lancar dan ceria. Mutu kerja yang kita lakukan juga akan menjadi lebih baik dan berkualiti.

    Selain itu, pemakanan yang seimbang juga membolehkan kita terhindar daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya. Antara penyakit berbahaya yang sering menyerang kita disebabkan pemakanan yang tidak seimbang ialah kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Sebagai contoh, jika kita makan gula dalam kuantiti yang terlalu banyak, maka kandungan gula dalam badan kita akan berlebihan sehingga boleh menyebabkan kita mendapat penyakit kencing manis. Memakan makanan yang mengandungi minyak dan lemak yang berlebihan pula boleh menyebabkan kita mendapat penyakit darah tinggi.

    Pemakanan seimbang juga dapat membantu kita mengelakkan pembaziran wang kerana sikap membazir adalah sikap yang tidak baik. Oleh itu, jangan membazir dengan memakan makanan yang mahal harganya tetapi kurang berfaedah untuk badan kita. Sebagai contoh, badan kita hanya memerlukan kuantiti daging yang sedikit sahaja dalam pemakanan seharian. Oleh itu, kita tidak perlu makan di restoran yang menjual daging yang mahal harganya.

    Pemakanan seimbang juga membolehkan kita mengelakkan masalah kegemukan atau obesiti. Masalah kegemukan terjadi apabila kita makan secara berlebihan setiap hari. Antara makanan yang boleh menyebabkan kegemukan ialah nasi. Oleh itu, jangan makan nasi dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh menyebabkan masalah kegemukan yang akan menyebabkan pergerakan badan menjadi lambat.

    Jika kita mengamalkan pemakanan seimbang, tubuh badan kita juga akan kelihatan cantik. Penampilan kita juga tidaklah menjadi buruk seperti perut menjadi buncit dan paha pula akan kelihatan besar. Kulit muka kita juga tidak akan berminyak dan ditumbuhi jerawat. Manakala rambut kita juga akan tumbuh dengan lebat dan hitam.

    Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kebaikan jika kita mengamalkan pemakanan seimbang. Justeru, pemakanan seimbang perlu diamalkan sejak kecil lagi. Pada pendapat saya, Kementerian Kesihatan perlu mengadakan kempen pemakanan seimbang secara intensif agar masyarakat mengamalkan pemakanan yang seimbang. Dengan amalan pemakanan yang seimbang, saya pasti tahap kesihatan masyarakat akan bertambah baik dan seterusnya mereka dapat membantu memajukan negara pada masa hadapan.

KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN (Karangan Pt3)


    
Isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan kerap diperkatakan oleh doktor dan pegawai Kementerian Kesihatan. Sama ada kita sedar atau tidak, kesihatan kita adalah aset yang lebih berharga daripada harta benda. Pada pandangan saya, setiap lapisan masyarakat mestilah mengambil berat tentang kesihatan diri. Kepentingan menjaga kesihatan memang mesti dijaga dan dipelihara.

    Antara kepentingan menjaga kesihatan ialah kita akan dapat hidup dengan lebih sihat sepanjang hayat. Kesihatan yang baik membolehkan kita membuat pelbagai aktiviti dengan baik. Contohnya, kita dapat datang ke sekolah untuk belajar setiap hari persekolahan tanpa cuti sakit atau cuti rehat. Kita juga dapat beriadah dan bermain dengan kawan-kawan pada waktu petang.

    Kesihatan yang baik juga membolehkan minda kita berfikir dengan baik. Hal ini kerana fikiran kita tidak rungsing kerana memikirkan masalah kesihatan kita. Oleh itu, kita akan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan dan kita juga akan dapat mengingati pelajaran yang kita baca dengan lebih baik. Jika kita menduduki sesuatu peperiksaan pula, pasti kita akan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik dan seterusnya lulus dengan cemerlang.

    Tahap kesihatan yang baik juga membolehkan kita melakukan aktiviti harian tanpa menyusahkan orang lain. Kita boleh berdikari dan hanya meminta bantuan daripada orang lain jika kita benar-benar tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, jika tahap kesihatan kita tidak baik dan sering sakit, pasti ibu bapa dan ahli keluarga yang lain turut berasa susah hati dan sedih. Aktiviti harian keluarga pula akan terganggu dan la pastinya akan mengurangkan keceriaan keluarga.

    Selain itu, kepentingan lain menjaga kesihatan lalah kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Jika kita sakit, pasti ibu bapa terpaksa mengeluarkan wang bagi menghantar kita ke klinik dan membeli pelbagai jenis ubat. Dengan ini perbelanjaan sara hidup keluarga juga akan bertambah. Mungkin ibu bapa terpaksa membuat kerja tambahan atau bekerja lebih masa untuk menambahkan pendapatan bagi membayar kos rawatan kita.

    Kepentingan menjaga kesihatan yang lain ialah dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan kesihatan untuk rakyat. Jika rakyat berada dalam keadaan yang sihat, pihak kerajaan tidak perlu membina lebih banyak hospital dan pusat perubatan. Pihak kerajaan juga tidak perlu menggaji lebih ramai pekerja. Kerajaan boleh menggunakan wang yang ada untuk kemudahan awam bagi keselesaan kepada rakyat.

    Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kepentingan menjaga kesihatan kita. Tahap kesihatan yang baik membolehkan kita menabur bakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu mengadakan Kempen Gaya Hidup Sihat. Dengan adanya kempen ini, saya pasti la dapat memberikan kesedaran kepada rakyat agar menjaga kesihatan diri demi kebaikan masyarakat dan negara.

Online shopping

  Online shopping has become a popular trend in recent years, with more and more people opting to purchase goods and services online. This m...