Friday, September 18, 2020

TEMA: ALAM SEKITAR-CONTOH KARANGAN 3(Pt3)

 CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan paparan dalam surat khabar.Hal ini kerana pencemaran alam sekitar didapati telah bertambah dari semasa ke semasa. Pada pendapat saya,isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandangan oleh masyarakat kerana banyak kesan buruk yang berlaku.Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

   Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi pencemaran alam sekitar.Hal ini kerana ibu bapa mempunyai masa yang panjang bersama anak-anak. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak membuang sampah ke dalm longkang, laut atau sungai. Selain itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam menjaga alam sekitar.

   Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Contohnya, pihak sekolah boleh menasihati pelajar supaya menjaga alam sekitar pada setiap masa. Pihak sekolah juga bolah menganjurkan program gotong-royong untuk mencantikan persekitaran sekolah.Selain itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan Kempen Sayangi Alam Sekitar agar para pelajar sayangkan alam sekitar dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekitar.

  Syarikat televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan. Sesungguhnya, peranan stesen televisyen dan surat khabar dalam mempengaruhi minda masyarakat memang tidak dapat disangkal. Oleh itu, stesen televisyen perlu menyiarkan gambar pihak-pihak yang telah mencemarkan alam sekitar agar menjadi pengajaran kepada orang ramai. Surat khabar juga boleh menyiarkan rencana bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

   Pemimpin masyarakat juga boleh membantu dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar.Pemimpin masyarakat mesti mengingatkan ahli masyarakat agar sentiasa menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian. Selain itu, pemimpin masyarakat perlu melawat persekitaran tempat tinggal masyarakat setempat dan berusaha mengatasi pencemaran alam sekitar yang ada. Pemimpin masyarakat juga boleh membuat program gotong-royong untuk membersihkan tempat tinggal penduduk di kawasan jagaan mereka bagi mengatasi pencemaran alam sekitar.

   Pihak kerajaan jugga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini, kerana pihak kerajaan mempunyai peruntukan wang bagi melaksanakan program-program mengatasi pencemaran alam sekitar. Pihak kerajaan juga boleh mendakwa pihak yang mencemarkan alam sekitar di mahkama agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Di saping itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan kampen menjaga alam sekitar di peringkat kebangsaan bagi memberi kesedaraan dan peringata kepada masyarakat tentang bertapa pentingnya menjaga alam sekitar.

  Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Masalah pencemaran alam sekitar mesti diatasi dengan segera kerana masalah ini mendatangkan pelbagai implikasi kepada masyarakat dan negara. Pada pendangan saya, semua pihak mesti bekerjasama dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Dengan kerjasama semua pihak pasti pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan baik.

1 comment:

Online shopping

  Online shopping has become a popular trend in recent years, with more and more people opting to purchase goods and services online. This m...