Isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan kerap diperkatakan oleh doktor dan pegawai Kementerian Kesihatan. Sama ada kita sedar atau tidak, kesihatan kita adalah aset yang lebih berharga daripada harta benda. Pada pandangan saya, setiap lapisan masyarakat mestilah mengambil berat tentang kesihatan diri. Kepentingan menjaga kesihatan memang mesti dijaga dan dipelihara.
Antara kepentingan menjaga kesihatan ialah kita akan dapat hidup dengan lebih sihat sepanjang hayat. Kesihatan yang baik membolehkan kita membuat pelbagai aktiviti dengan baik. Contohnya, kita dapat datang ke sekolah untuk belajar setiap hari persekolahan tanpa cuti sakit atau cuti rehat. Kita juga dapat beriadah dan bermain dengan kawan-kawan pada waktu petang.
Kesihatan yang baik juga membolehkan minda kita berfikir dengan baik. Hal ini kerana fikiran kita tidak rungsing kerana memikirkan masalah kesihatan kita. Oleh itu, kita akan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan dan kita juga akan dapat mengingati pelajaran yang kita baca dengan lebih baik. Jika kita menduduki sesuatu peperiksaan pula, pasti kita akan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik dan seterusnya lulus dengan cemerlang.
Tahap kesihatan yang baik juga membolehkan kita melakukan aktiviti harian tanpa menyusahkan orang lain. Kita boleh berdikari dan hanya meminta bantuan daripada orang lain jika kita benar-benar tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, jika tahap kesihatan kita tidak baik dan sering sakit, pasti ibu bapa dan ahli keluarga yang lain turut berasa susah hati dan sedih. Aktiviti harian keluarga pula akan terganggu dan la pastinya akan mengurangkan keceriaan keluarga.
Selain itu, kepentingan lain menjaga kesihatan lalah kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Jika kita sakit, pasti ibu bapa terpaksa mengeluarkan wang bagi menghantar kita ke klinik dan membeli pelbagai jenis ubat. Dengan ini perbelanjaan sara hidup keluarga juga akan bertambah. Mungkin ibu bapa terpaksa membuat kerja tambahan atau bekerja lebih masa untuk menambahkan pendapatan bagi membayar kos rawatan kita.
Kepentingan menjaga kesihatan yang lain ialah dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan kesihatan untuk rakyat. Jika rakyat berada dalam keadaan yang sihat, pihak kerajaan tidak perlu membina lebih banyak hospital dan pusat perubatan. Pihak kerajaan juga tidak perlu menggaji lebih ramai pekerja. Kerajaan boleh menggunakan wang yang ada untuk kemudahan awam bagi keselesaan kepada rakyat.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kepentingan menjaga kesihatan kita. Tahap kesihatan yang baik membolehkan kita menabur bakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu mengadakan Kempen Gaya Hidup Sihat. Dengan adanya kempen ini, saya pasti la dapat memberikan kesedaran kepada rakyat agar menjaga kesihatan diri demi kebaikan masyarakat dan negara.
ReplyForward |
No comments:
Post a Comment