Wednesday, October 19, 2022

Tahap 1 : Hobi saya

 ✨𝐇𝐨𝐛𝐢 𝐬𝐚𝐲𝐚 

       Hobi merupakan aktiviti rekreasi  yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang. Setiap orang mempunyai hobi. Saya juga mempunyai Hobi.

     Hobi saya ialah membaca buku. Ini dapat meningkatakan ilmu pegetahuan saya. Saya suka membaca buku novel dan komik. Saya membaca buku pada masa lapang. 

   Setiap minggu saya akan meminjam buku di perpustakaan sekolah saya. Setiap bulan saya dan keluarga saya akan pergi ke perpustakan awam untuk membaca buku. 

  Melalui hobi saya dapat pelbagai kebaikan. Oleh itu, kita perlulah memilih hobi mengikut kesuakan kita dan memberi kebaikan kepada kita. 

Thursday, October 13, 2022

✨Perkataan sinonim (sama makna)


🎊 Kepentingan || Kebaikan || Faedah || Manfaat  || Maslahat 

🎊 Punca || Sebab || Faktor 

🎊 Kesan || Akibat || Impak || Implikasi 

🎊 Keburukan || Kekurangan || Kepincangan

🎊 Langkah-langkah || Cara-cara || Usaha ||  Tindakan || Strategi

Wednesday, October 12, 2022

Tajuk: Membaca

🎀𝑭𝒂𝒆𝒅𝒂𝒉 𝑴𝒆𝒎𝒃𝒂𝒄𝒂

Isi 1» 𝙈𝙚𝙣𝙖𝙢𝙗𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙞𝙡𝙢𝙪 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙚𝙩𝙖𝙝𝙪𝙖𝙣

Huraian» 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙠𝙞𝙣 𝙗𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠 𝙗𝙪𝙠𝙪 𝙙𝙞𝙗𝙖𝙘𝙖, 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙠𝙞𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙢𝙗𝙖𝙝 𝙞𝙡𝙢𝙪 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙚𝙩𝙖𝙝𝙪𝙖𝙣

Contoh» 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖 𝙨𝙚𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜-𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙣𝙮𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙪𝙖𝙝 𝙗𝙪𝙠𝙪 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙢𝙞𝙣𝙜𝙜𝙪


Isi 2» 𝙢𝙚𝙢𝙚𝙣𝙪𝙝𝙞 𝙬𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙨𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙜

Huraian» 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙞𝙣𝙙𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙜𝙚𝙟𝙖𝙡𝙖 𝙨𝙤𝙨𝙞𝙖𝙡

Contoh» 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙠, 𝙫𝙖𝙣𝙙𝙖𝙡𝙞𝙨𝙢𝙚, 𝙙𝙖𝙣 𝙜𝙚𝙣𝙜𝙨𝙩𝙚𝙧𝙞𝙨𝙢𝙚


Isi 3»  𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙮𝙖𝙠𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙩𝙞𝙠𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙪𝙟𝙖𝙝 

Huraian» 𝙞𝙙𝙚𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙛𝙖𝙠𝙩𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙪𝙠𝙪𝙥𝙞 

Contoh» 𝙢𝙪𝙧𝙞𝙙 𝙢𝙚𝙨𝙩𝙞 𝙗𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖 


Isi 4» 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙢𝙖𝙝𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙠𝙖𝙧𝙖𝙢 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙗𝙞𝙙𝙖𝙣𝙜 

Huraian» 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖 𝙙𝙞𝙟𝙖𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙗𝙪𝙙𝙖𝙮𝙖 

Contoh» 𝙢𝙪𝙧𝙞𝙙 𝙢𝙚𝙨𝙩𝙞 𝙗𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖


🎀𝑪𝒂𝒓𝒂-𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒖𝒌 𝒔𝒊𝒌𝒂𝒑 𝒔𝒖𝒌𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒄𝒂 

Isi 1» 𝙢𝙚𝙢𝙪𝙥𝙪𝙠 𝙨𝙞𝙠𝙖𝙥 𝙨𝙪𝙠𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩 𝙖𝙠𝙖𝙧 𝙪𝙢𝙗𝙞 

Huraian » 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙠 𝙠𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙠𝙖𝙣𝙖𝙠 

Contoh » 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙠𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙘𝙖𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙞


Isi 2» 𝙞𝙗𝙪 𝙗𝙖𝙥𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙘𝙤𝙣𝙩𝙤𝙝 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠 

Huraian » 𝙞𝙗𝙪 𝙗𝙖𝙥𝙖 𝙢𝙚𝙨𝙩𝙞 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖𝙞 𝙢𝙞𝙣𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖

Contoh » 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙧𝙪 𝙨𝙞𝙛𝙖𝙩 𝙢𝙪𝙧𝙣𝙞 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙖𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙙𝙚𝙬𝙖𝙨𝙖


Isi 3» 𝙥𝙚𝙣𝙮𝙚𝙙𝙞𝙖𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙘𝙖𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙞 

Huraian » 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙧𝙞𝙠 𝙢𝙞𝙣𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 

Contoh » 𝙗𝙪𝙠𝙪 𝙘𝙞𝙣𝙙𝙚𝙧𝙚𝙡𝙡𝙖, 𝙝𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙪𝙖𝙝, 𝙗𝙖𝙙𝙖𝙣𝙜

 

Isi 4»  𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙨𝙖 

Huraian » 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙙𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙢𝙥𝙚𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖

Contoh » 𝙢𝙚𝙢𝙪𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙖𝙝 𝙛𝙞𝙠𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙘𝙚𝙣𝙙𝙚𝙠𝙞𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙧𝙞𝙝𝙖𝙩𝙞𝙣



Thursday, October 6, 2022

Isi-isi bagi tajuk tertentu -2

🎀 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈𝒌𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒊𝒍𝒎𝒖 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒆𝒕𝒂𝒉𝒖𝒂𝒏 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒎𝒃𝒂𝒉 𝒌𝒐𝒔𝒂 𝒌𝒂𝒕𝒂 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒔𝒊 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒍𝒂𝒑𝒂𝒏𝒈 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒈𝒌𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒚𝒂𝒌𝒊𝒏𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒈𝒂𝒖𝒍  

🎀𝗞𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒍𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒄𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒕𝒂𝒓 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒎𝒃𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒅𝒂𝒕𝒂𝒑𝒂𝒏 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒎𝒖𝒑𝒖𝒌 𝒏𝒊𝒍𝒂𝒊-𝒏𝒊𝒍𝒂𝒊 𝒎𝒖𝒓𝒏𝒊

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒊𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒖𝒎𝒃𝒆𝒓 𝒂𝒍𝒂𝒎 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒖𝒌𝒂 𝒑𝒆𝒍𝒖𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂𝒂𝒏 

🎀𝗞𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 

» 𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒕𝒂𝒓 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒊𝒉

» 𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒕𝒂𝒓 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒄𝒆𝒎𝒂𝒓

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒋𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒌𝒕𝒐𝒓 𝒑𝒆𝒍𝒂𝒏𝒄𝒐𝒏𝒈𝒂𝒏

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂 

🎀𝗞𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗺𝗮𝗵 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒊𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒘𝒂𝒏𝒈 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂𝒃 𝒑𝒆𝒓𝒃𝒖𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒛𝒊𝒓 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒊𝒎𝒑𝒂𝒏 𝒘𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕𝒂𝒏 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒎𝒖𝒑𝒖𝒌 𝒏𝒊𝒍𝒂𝒊-𝒏𝒊𝒍𝒂𝒊 𝒎𝒖𝒓𝒏𝒊 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒂𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒌𝒂𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒛𝒊𝒓 

🎀𝗞𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕

» 𝒎𝒊𝒏𝒅𝒂 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒇𝒊𝒌𝒊𝒓 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒊𝒌 

» 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒖𝒔𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏 

» 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒊𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒂𝒏 

» 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒃 𝒑𝒆𝒓𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 

🎀𝗞𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗸𝗼𝗸𝘂𝗿𝗶𝗸𝘂𝗹𝘂𝗺 

» 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒎𝒃𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒆𝒕𝒂𝒉𝒖𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏

» 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒅𝒊𝒔𝒊𝒑𝒍𝒊𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊 

» 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒔𝒊 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒍𝒂𝒑𝒂𝒏𝒈 

» 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒊𝒉𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒅𝒂𝒏 

» 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈𝒌𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒚𝒂𝒌𝒊𝒏𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊  

Isi-isi bagi tajuk tertentu -1

 🎀 𝘾𝙖𝙧𝙖-𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙢𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙢𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙜𝙖𝙮𝙖 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙨𝙞𝙝𝙖𝙩 

» 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒈𝒂 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒓𝒔𝒊𝒉𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊

» 𝒕𝒊𝒅𝒖𝒓 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒖𝒌𝒖𝒑𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂 8 𝒋𝒂𝒎

» 𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒂𝒏𝒅𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒊𝒓𝒂𝒎𝒊𝒅 𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏𝒂𝒏 

» 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒏𝒂𝒎

» 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒖𝒎𝒑𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒅𝒐𝒌𝒕𝒐𝒓 𝒆𝒏𝒂𝒎 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒍𝒊 

» 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒈𝒂 𝒌𝒆𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊 

🎀 𝗖𝗮𝗿𝗮-𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗿𝗼𝗺𝗼𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗮𝗻 𝘁𝗿𝗮𝗱𝗶𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 

» 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒎𝒑𝒆𝒏 𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒌𝒐𝒍𝒂𝒉 

» 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏𝒋𝒖𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈𝒂𝒏  

» 𝒊𝒃𝒖 𝒃𝒂𝒑𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒆𝒅𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒏𝒂𝒌-𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒕𝒆𝒏𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒎𝒂𝒊𝒏𝒂𝒏 𝒕𝒓𝒂𝒅𝒊𝒔𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍 

» 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒓𝒐𝒎𝒐𝒔𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒎𝒂𝒊𝒏𝒂𝒏 𝒕𝒓𝒂𝒅𝒊𝒔𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒔𝒂 

» 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒑𝒆𝒓𝒎𝒂𝒊𝒏𝒂𝒏 𝒕𝒓𝒂𝒅𝒊𝒔𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝒉𝒂𝒅𝒊𝒂𝒉

🎀 𝗖𝗮𝗿𝗮-𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗽𝘂𝗸 𝗮𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗰𝗲𝗿𝗺𝗮𝘁 

» 𝑰𝒃𝒖 𝒃𝒂𝒑𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒅𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒏𝒂𝒌-𝒂𝒏𝒂𝒌

» 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒎𝒑𝒆𝒏 𝒌𝒆𝒔𝒆𝒅𝒂𝒓𝒂𝒏 

» 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒎𝒆𝒓𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒏𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒆𝒑𝒆𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒎𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒊𝒎𝒂𝒕 

» 𝒑𝒊𝒉𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒌𝒐𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒓𝒖𝒔 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌 𝒎𝒖𝒓𝒊𝒅 𝒔𝒆𝒌𝒐𝒍𝒂𝒉 𝒕𝒆𝒏𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒎𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒊𝒎𝒂𝒕 𝒄𝒆𝒓𝒎𝒂𝒕 

» 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒍𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝒂𝒌𝒕𝒊𝒗𝒊𝒕𝒊 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒔𝒂 

🎀𝗖𝗮𝗿𝗮-𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗽𝗹𝗶𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿

» 𝒊𝒃𝒖 𝒃𝒂𝒑𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌 𝒂𝒏𝒂𝒌 

» 𝒑𝒊𝒉𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒌𝒐𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒎𝒆𝒈𝒆𝒕𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒓𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒌𝒐𝒍𝒂𝒉 

» 𝒊𝒃𝒖 𝒃𝒂𝒑𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒖𝒔 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒖𝒃𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒈𝒖𝒓𝒖 𝒌𝒆𝒍𝒂𝒔 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒕𝒂𝒕𝒖𝒊 𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒏𝒅𝒖𝒌 𝒂𝒏𝒂𝒌-𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 

» 𝒊𝒃𝒖 𝒃𝒂𝒑𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒏𝒂𝒌-𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 

» 𝒑𝒊𝒉𝒂𝒌 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒎𝒑𝒆𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒌𝒆𝒔𝒆𝒅𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒖𝒓𝒊𝒅 

Wednesday, October 5, 2022

SPM ✨Ucapan(domain:PERIBADI )

 Datuk Punch Gunalan (4 Februari 1944 15 Ogos 2012) ialah bekas pemain badminton Malaysia yang dikenang sebagai tokoh legenda badminton negara. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban bersama dengan Profesor Emeritus Tan Sri Dato Dr. Mohd Rashdan Baba, iaitu Naib Cancelor UPM. Beliau mengambil peperiksaan HSC pada tahun 1963 dan belajar di Kolej Teknologi Brighton, Sussex, England dalam jurusan kejuruteraan mekanikal (1964-1967).

 Punch dinobatkan sebagai Olahragawan Negara sebanyak dua kali oleh kerajaan Malaysia, iaitu pada tahun 1969 dan 1974. Nama beliau turut tercatat sebagai Tokoh Pengisahan Sejarah Piala Thomas oleh Arkib Negara Malaysia pada 27 April 2000.

(Sumber: Wikipedia Ensiklopedia Bebas, https://ms.wikipedia.org/wiki/Punch_Gunalan)


Petikan di atas menceritakan kejayaan seorang tokoh Olahragawan Negara dalam bidang sukan badminton Anda telah dipilih sebagai olahragawan negeri. Dalam satu majlis meraikan kejayaan anda di sekolah, anda telah diminta untuk menyampaikan ucapan.

🔸Sediakan teks ucapan anda itu selengkapnya.


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Hajah Shamsidar binti Ali guru-guru penolong kanan, guru-guru, seterusnya rakan-rakan yang dikasihi. Selamat pagi dan salam sejahtera.

   Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Tuhan kerana memberikan kejayaan yang tidak pernah saya jangkakan ini. Sesungguhnya, iktibar daripada kejayaan saya ini ialah jika kita bersungguh-sungguh dalam apa-apa sahaja bidang, kejayaan sudah tentu dalam genggaman kita. Hal ini sejajar dengan peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Saya berharap agar kejayaan saya ini turut menjadi pendorong kepada rakan-rakan lain untuk menempa kejayaan dalam bidang-bidang yang lain.

 Hadirin yang dihormati,

    Saya ingin mengalungkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Pengetua. Puan Hajah Shamsidar binti Ali kerana beliau banyak memberikan dorongan kepada saya. Saya cukup terharu apabila beliau sanggup melapangkan masa untuk menyaksikan saya berlatih pada waktu petang. Selain itu, beliau banyak menyuntik kata-kata semangat kepada saya agar berlatih dengan bersungguh-sungguh. Malahan, pengalaman beliau yang pernah menjadi ratu trek negara pada tahun 1970-an banyak membantu kejayaan saya. Sesungguhnya, sekolah kita amat berbangga kerana memiliki pengetua yang cukup prihatin terhadap kejayaan sekolah.

    Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada jurulatih saya, Cikgu Adham bin Hamid. Beliau banyak berkorban tenaga bagi memastikan saya mendapat bimbingan yang terbaik. Malahan, beliau sanggup mengorbankan masa senggangnya semata-mata mahu saya membuat latihan yang rapi. Beliau juga banyak mengajar saya teknik larian yang berkesan, di samping mengamalkan pemakanan yang dapat meningkatkan stamina saya. Walaupun latihan yang diterapkan kepada saya agak keras dan lasak, tetapi hasilnya cukup berbaloi kerana saya berpegang kepada prinsip genggam bara api biar sampai jadi arang.

 Para hadirin,

    Dalam apa-apa sahaja pertandingan yang kita sertai, sudah tentu kita mengharapkan kemenangan kerana kemenangan itu akan menjadikan kita dikagumi dan disanjungi. Namun begitu, bags saya, yang lebih penting dalam pertandingan sukan ini adalah dengan mengambil bahagian, mengutamakan semangat kesukanan, dan mengutamakan matlamat bersukan itu sendiri, iaitu untuk menjamin kesihatan fizikal dan kesejahteraan diri. Saya yakin bahawa seandainya saya dan rakan-rakan berpegang kepada prinsip ini, maka kita akan memiliki nilai diri yang tinggi yang akan kita jadikan prinsip hidup kita pada masa hadapan. Prinsip inilah juga yang menjadi rahsia kejayaan saya dirabalkan sebagai olahragawan negeri.

   Jika kita imbas pencapaian sukan sekolah kita sepanjang tahun ini semula, saya dapat: bahawa pencapaian sukan sekolah kita meningkat dengan mendadak Kejayaan ini dicapai hasil komitmen daripada semua pihak yang berpegang kepada prinsip "agi idup agi ngelaban" yang pernah diungkapkan oleh tokoh pejuang Sarawak. Disiplin yang diamalkan oleh para atlet sekolah cukup membanggakan semua pihak. Para atlet sekolah kita datang berlatih tepat pada masanya dan bersungguh-sungguh demi mengharumkan nama sekolah. Kejayaan ini membuktikan bahawa untuk berjaya dalam apa-apa bidang terasnya ialah disiplin dan kesungguhan.

Hadirin sekalian,

    Negarawan kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengungkapkan bahawa lebih sukar untuk mempertahankan kejayaan daripada mencapai kejayaan itu. Ungkapan ini menunjukkan bahawa usaha mengekalkan kejayaan itu amat payah berbanding dengan mendapatkannya, oleh itu saya berharap agar kejayaan saya dinobatkan sebagai Olahragawan Negeri Perak akan dapat disambung oleh murid lain sekolah kita. Bagi mencapai hasrat tersebut, marilah kita sama-sama bersepakat untuk meningkatkan mutu sukan sekolah kita dan bersama-sama komited untuk memecahkan sebanyak mungkin rekod kejohanan, mempamerkan disiplin individu dan kontinjen ke tahap yang maksimum, mengeratkan hubungan silaturahim ke tahap optimum, dan memberikan kerjasama yang terbaik kepada semua guru di sekolah ini. Sekian sahaja ucapan saya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pentadbir dan guru-guru sekolah yang banyak membantu kejayaan saya. Sekian, terima kasih.

Monday, October 3, 2022

SPM✨Contoh soalan KBAT (COVID19)


 

Petikan akhbar di atas menyatakan tindakan yang dijalankan oleh pihak berkuasa untuk merawat pesakit COVID-19. Pelbagai langkah perlu dilakukan bagi mengekang pandemik ini yang menimbulkan keresahan dan kebimbangan manusia sejagat.

🍂Nyatakan, langkah-langkah untuk mengekang penularan penyakit berjangkit ini.

✨Jawapan:

🎀Pendahuluan:

penularan pandemik COVID-19 dan influenza lain yang semakin meningkat menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat - penularan wabak ini bukan sahaja berlaku secara domestik, malah merentas sempadan negara - merebak dari satu negara ke negara lain akibat migrasi dan aktiviti manusia sejagat jutaan jiwa telah terkorban akibat pandemik ini dikhabarkan tentang kematian ini melalui media-media massa

🎀Isi-isi

(a) mencegah adalah lebih baik daripada merawat setiap orang perlu menjaga kebersihan diri dengan membasuh tangan, mandi, dan menggunakan pensanitasi tangan-tidak keluar rumah jika tidak mempunyai urusan-berada di rumah adalah lebih selamat berbanding di tempat-tempat awam - segala urusan berkaitan bank dan pembayaran bil boleh dilakukan secara dalam tatian

(b) mengamalkan norma baharu, iaitu kerap membasun tangan, penjarakan sosial, dan menggunakan pelitup muka - elakkan diri daripada berada di tempat yang sesak atau sempit serta berbual-bual dalam jarak yang dekat-jarak yang sesuai bagi menghalang penyebaran virus ialah sekurang-kurangnya satu meter

(c) pelbagai kempen kesedaran dilakukan oleh pihak yang terlibat bagi menyedarkan masyarakat tentang bahaya pandemik COVID-19 ini sikap sambalewa sesetengah masyarakat menyebabkan virus ini menular dengan pantas dan sukar dikawal - peribahasa sudah terhantuk baru tengadah dan sesal dahulu pendapatan, sesat kemudian tiada gunanya perlu dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian

(d) usaha-usaha berterusan perlu dijalankan oleh pihak berkuasa di negara ini agar wabak berbahaya ini tidak meragut lebih banyak nyawa - antaranya ialah menyekat pergerakan orang awam - memperkenalkan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP), Peraturan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Peraturan Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), dan Peraturan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)- mengekang penularan pandemik COVID-19

(e) sempadan-sempadan negara dikawal ketat dan ditutup untuk kemasukan pelawat atau pelancong dari luar negara rakyat negara ini yang baru pulang dari negara luar akan dikuarantin selama 14 hari tindakan undang-undang dikenakan kepada orang awam yang melanggar peraturan yang ditetapkan - mengenakan denda kepada individu yang tidak memakai pelitup muka dan tidak melakukan penjarakan sosial tindakan yang lebih berat dikenakan kepada individu yang melanggar perintah kuarantin

🎀Penutup:

pandemik ini masih belum dapat dikawal sepenuhnya setiap masyarakat perlu membiasakan diri dengan norma baharu dalam kehidupan seharian dengan mengutamakan langkah-langkah pencegahan - memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa-slogan "Kita Jaga Kita" dan "Kita Masih Belum Menang" memberikan ingatan kepada kita agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati



Saturday, October 1, 2022

Format menulis karangan✨

 𝑭𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 

🌲𝙇𝙖𝙥𝙤𝙧𝙖𝙣 

1. Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal, peristiwa, ataupun kajian.

2. Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada empat jenis:

(a)Laporan kegiatan persatuan

(b) Laporan aktiviti seperti perbahasan, lawatan,bercerita, atau pameran

(c) Laporan minit mesyuarat

(d) Laporan kajian 

3.Calon perlu benar-benar terlibat atau mengetahui peristiwa yang dilaporkan dan mesti berdasarkan kenyataan, bukan khayalan.

4. Elakkan menggunakan bahasa kreatif. 

5.Format laporan tentang kegiatan persatuan dan laporan aktiviti seperti berikut:

(a) Tajuk laporan ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata kecuali kata sendi, kata hubung, dan kata sandang, lalu digariskan di bawahnya atau huruf besar sepenuhnya.

(b) Isi dimulakan dengan pendahuluan dan diakhirie dengan penutup, sama seperti karangan biasa.

(c) Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir dengan melangkau dua atau tiga baris kosong dan diakhiri dengan tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar.

(d) Tarikh ditulis di sebelah kanan, setentang dengan pengakuan pelapor.

(e) Tandatangan pelapor ditulis di sudut kiri selepas pengakuan pelapor.

(f) Nama pelapor ditulis dengan huruf besar sepenuhnya dalam kurungan selepas tandatangan.

(g) Jawatan pelapor dan nama persatuan yang diwakili ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan diakhiri dengan tanda noktah.

6.Biasanya ungkapan yang diutarakan ialah "berikan pendapat", dan "kemukakan hujah".

7.Untuk mencantikkan penghujahan, calon digalakkan menyertakan pendapat tokoh tertentu, peribahasa, hadis, mutiara kata, dan puisi.


🌲𝙍𝙚𝙣𝙘𝙖𝙣𝙖/𝙐𝙡𝙖𝙨𝙖𝙣

1. Karangan jenis ini termasuk juga esei.

2. Karangan jenis ini ditulis untuk siaran akhbar atau majalah.

3. Ditulis untuk memberikan penerangan tentang sesuatu tajuk atau isu bagi maklumat para pembaca. 

4 .Rencana boleh ditulis dalam bentuk rencana berita dan rencana umum.

5. Ditulis berdasarkan pemerhatian, penyelidikan, dan wawancara.

6. Bagi rencana bersifat ilmiah, calon perlu memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam.

7. Laras bahasa berdasarkan jenis rencana sama ada rencana akademik, hiburan, politik, kebudayaan, dan agama.

8. Perlu meletakkan tajuk dan nama penulis rencana.


🌲𝙎𝙪𝙧𝙖𝙩 𝙆𝙞𝙧𝙞𝙢𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞

1.Surat kiriman rasmi ialah karangan berformat dan calon perlu mematuhi format yang ditetapkan untuk mengelakkan ditolak empat markah.

2 .Beberapa contoh surat kiriman rasmi ialah surat permohonan, surat aduan/ bantahan, surat perniagaan, surat rayuan, surat undangan, dan surat cadangan.

3. Calon perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat, padat, dan elakkan bahasa yang berbunga-bunga.

4. Format surat kiriman rasmi adalah seperti berikut: 

(a) Alamat pengiriman ditulis lengkap di sudut atas sebelah kanan.

(b) Garisan panjang melintang dibuat selepas menulis alamat pengirim selang satu atau dua baris kosong dari alamat pengirim.

(c) Nama dan alamat penerima ditulis di bawah garisan panjang, iaitu di sudut sebelah kiri serta sejajar dengan alamat pengirim. Baris akhir alamat penerima perlu digaris.

(d) Tarikh ditulis di sebelah kanan surat, iaitu sebaris dengan alamat akhir penerima. Hari bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar sepenuhnya dan diletak noktah (.).

(e) Panggilan hormat penerima, contohnya Tan Sri, Datuk Seri, Tuan, Puan, dan sebagainya ditulis di bawah alamat penerima selepas melangkau satu atau dua baris kosong.

(f) Perkara surat ditulis selepas panggilan hormat penerima sesudah melangkau satu atau dua baris kosong. Gunakan huruf besar untuk setiap awal kata (kecuali kata sendi, kata hubung, dan kata sandang). Jangan sesekali letakkan noktah (.) di akhir ayat.

(g) Perenggan pendahuluan dimulakan dari tepi surat selepas melangkau satu atau dua baris kosong. Nombor tidak perlu diberikan pada awal perenggan pertama.

(h) Setiap perenggan isi diberikan nombor serta tanda noktah (.). Permulaan ayat ditulis ke dalam sedikit. Bagi perenggan yang mempunyai pecahan, gunakanlah huruf abjad (a), (b), dan seterusnya.

(i) Perenggan penutup dimulakan dari tepi surat, sejajar dengan perenggan pendahuluan dan tidak diberikan nombor.

(j) Pengakuan pengirim, misalnya Yang benar, Yang menjalankan tugas, Yang ikhlas, dan seumpamanya ditulis di sebelah kiri surat selepas perenggan penutup dengan melangkau dua atau tiga baris kosong. Huruf pertama pada kata mestilah huruf besar dan perlu diakhiri dengan tanda koma (,).

(k) Tandatangan pengirim diletakkan di sudut kiri surat selepas pengakuan pengirim.

(l) Nama pengirim ditulis surat dengan huruf besar sepenuhnya dan terletak dalam kurungan. Jawatan pengirim diletak di bawah nama pengirim.

5.Kelemahan calon ialah tidak mematuhi format yang ditetapkan (dengan mencampuradukkan format surat kiriman tidak rasmi), menggunakan panggilan yang salah, dan bahasa kreatif.

🌲𝙎𝙪𝙧𝙖𝙩 𝙏𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞

1.Karangan ini jenis berformat.

2. Ada beberapa jenis surat tidak rasmi seperti surat bertanya khabar dan ingin mengetahui sesuatu perkara, surat tahniah, dan surat takziah.

3. Walaupun surat tidak rasmi, tetapi penggunaan bahasa perlu baku dengan mematuhi hukuma tatabahasa.

4. Gunakan bahasa yang mudah, tepat, dan padat yang sesuai kepada sasaran penerima.

5.Gunakanpanggilan yang sesuai seperti kakanda/kanda, ibunda/bonda, ayahanda, nenda, dan cucunda. 

6.Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut:

(a) Alamat pengirim ditulis sepenuhnya di sudut atas sebelah kanan surat.

(b) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dan bubuh tanda noktah (.) di hujungnya.

(c) Pembuka kata dimulakan dari tepi selepas selang satu atau dua baris kosong dan tarikh(cara lama dimulakan ke tengah sedikit).

(d) Kata ganti diri penerima ditulis di sebelah kiri tepi surat (tidak perlu ke dalam sedikit). 

(e) Perenggan isi dimulakan ke dalam sedikit sejajar dengan pembuka kata. 

(f) Penutup dimulakan ke dalam sedikit, sejajar dengan pembuka kata.

((g) Pengakuan pengirim ditulis di sebelah kanan surat selepas dua atau tiga baris kosong dari penutup dan diakhiri tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar. 

 (h) Tandatangan ditulis di bawah pengakuan pengirim.

(i) Nama pengirim boleh ditulis atau tidak.

7 Kelemahan calon ialah menulis menyalahi format yang ditetapkan. Sesetengahnya mencampuradukkan dengan format surat kiriman rasmi. Terdapat calon menggunakan bahasa basahan dan tidak menggunakan kata menghadap (panggilan hormat yang betul), contohnya menggunakan panggilan "ayah" sedangkan sepatutnya "ayahanda".

Thursday, September 29, 2022

PRIBAHASA YANG SESUAI BERDASARKAN ISU✨ (Tingkatan 5)

<<PERIBAHASA>>


🎀Perpaduan
🔸Bagai enau dalam melepaskan pucuk masing-masing 
🔸Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh 
🔸Muafakat membawa berkat 
🔸Tidak mahu menjaga tepi kain orang lain 
🔸Anak orang anak sendiri 
🔸Beranak seorang mendidik ramai 
🔸Bagai aur dengan tebing 
🔸Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat 
🔸Tak kenal maka tak cinta
🔸Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing 
🔸Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
🔸Ke bukit sama didaki  ke lurah sama dituruni 
🔸Mulut biar manis, hati biar baik 
Mulut biar manis, hati biar baik
🔸Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
🔸Buang yang keruh, ambil yang jernih
🔸Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita

🎀Pendidikan
🔸Ilmu pelita hidup
🔸Membaca jambatan ilmu
🔸 Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan
🔸Bangsa membaca bangsa berjaya
🔸Membaca memerdekakan minda
🔸Menyelam sambil minum air 
🔸Tak kenal maka tak cinta
🔸Tepuk dada tanya selera 
🔸Serampang dua mala
🔸Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

🎀Pengangkutan
🔸 Biar lambat asalkan selamat
🔸Malang tidak berbau
🔸Sudah terhantuk baru tengadah
🔸Nasi sudah menjadi bubur
🔸Alah bisa tegal biasa
🔸Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 🔸Melepaskan batok di tangga
🔸Tepuk dada tanya selera

🎀Kemajuan 
🔸 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
🔸Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
🔸Melepaskan batok di tangga
🔸 Tepuk dada tanya selera
🔸Bagaimana acuan begitulah kuihnya
 🔸Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya 
🔸Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
🔸Sudah terang lagi bersuluh


🎀Alam Pekerjaan 
🔸Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
🔸Menyelam sambil minum air  
🔸Tak kenal maka tak cinta
🔸 Melepaskan batok di tangga
🔸Tepuk dada tanya selera

🎀Industri 
🔸Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
🔸 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
🔸Melepaskan batok di tangga
🔸Tepuk dada tanya selera
🔸Serampang dua mata
🔸Seperti api dalam sekam
🔸Bagai duri dalam daging 

🎀Biolembangan 
🔸Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 🔸Menyelam sambil minum air
🔸Tak kenal maka tak cinta
🔸Melepaskan batok di tangga 
🔸Tepuk dada tanya selera
🔸Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai


🎀Pelaburan 
🔸Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit 🔸Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
🔸Berjagung-jagung dahulu, sementara menunggu padi masak
🔸Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis
🔸Sediakan payung sebelum hujan

🎀Perubatan 
🔸Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
🔸Sediakan payung sebelum hujan
🔸Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

🎀Sukan
🔸Sudah terantuk baru tengadah
🔸Mencurah air ke daun keladi
🔸Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan
🔸Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
🔸Tak kenal maka tak cinta
🔸Tepuk dada tanya selera

🎀Komunikasi
🔸Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
🔸Tak kenal maka tak cinta
🔸Tepuk dada tanya selera
🔸Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
🔸Asal ditugal, adalah benih

🎀Budaya warisan
🔸Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
🔸Menyelam sambil minum air
🔸Tak kenal maka tak cinta
🔸Melepaskan batok di tangga
🔸Tepuk dada tanya selera
🔸Sudah terang lagi bersuluh

Monday, August 15, 2022

SPM✨PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK SAHSIAH DAN AKHLAK ANAK-ANAK

        Profeser Diraja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profit pertama bagi anak-anak mereka. Kata-kata beliau jelas menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan afdal dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Dalam aru modenisasi ini, sahsiah dan karaktit anak-anak muda yang berusia setahun jagung telah terjejas secara kronik dan gelaja sosial pula semakin bersandiwara. Ibu bapa merupakan pihak pertama yang harus dipersalahkan bagi fenomena ini kerana anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakannya warna.

       Antara tanggungjawab ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak ialah ibu bapa harus menjadi suri teladan yang sempurna. (MENGAPA?) Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak sering meniru, mengikuti dan mencontohi setiap perbuatan dan tindak - tanduk ibu bapa bak kata mutihara ke mana tumpahnya kuah kalau ke nasi. (BAGAIMANA?) Oleh itu, ibu bapa dapat dinasihati agar memaparkan fiil dan kelakuan yang mulia dan positif di hadapan anak-anak. (CONTOH?) Sebagai tamsilnaya, ibu bapa mesti menhindari tabiat merokok, penyalahgunaan dadah dan pengambilan minuman keras. (AYAT PENEGASAN) Tuntasnya, ibu bapa sebagai jentera pentadbiran institusi patut menjadi modal yang terbaik untuk membentuk akhlak anak-anak.

      Selain itu, ibu bapa wajarlah memberikan didikan keagamaan kepada anak-anak mereka. (MENGAPA?) Hal ini demikian kerana, didikan keagamaan dapat membantu anak-anak untuk membezakan enam perkara iaitu baik,buruk, dosa, pahala, halal dan haram dalam setiap perbuatan dan tindakan. (CONTOH) Sebagai contoh anak-anak yang memiliki didikan agama mampu menghindari tabiat merokok , pengambilan minuman keras, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. (BAGAIMANA?) Oleh itu, ibu bapa dinasihati agar membawa anak-anak ke tempat-tempat ibadat seperti kuil,masjid, tokong cina, gereja dan sebagainya. (AYAT PENEGASAN ISI) Pendek kata, ilmu kerohanian mesti diterapkan oleh ibu bapa dalam sanubari anak-anak untuk mengukir sahsia anak-anak.

     Di samping itu, ibu bapa mesti memantau dan mengawasi gerak-geri dan tindak- tanduk anak-anak. (MENGAPA?) Anak-anak muda yang berusia setahun jagung mudah menjerumuskan diri dalam perkara-perkara negatif yang mampu memusnahkan masa hadapan anak-anak. (BAGAIMANA?) Oleh hal yang demikian kerana, ibu bapa disarankan agar menjalinkan hubungan yang baik dengan sekolah khususnya guru displin dan guru kelas. (APAKAH KESAN?) Sebagai impaknya sebarang masalah displin dan salah laku dapat diketuai oleh ibu bapa pada peringkat awal kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. (AYAT PENEGASAN ISI) Tuntasnya, pemantauan dan pengawasan gerak-geri anak-anak oleh ibu bapa mampu menzahirkan anak-anak yang berkualiti.

     Sebagai kesimpulannya, ibu bapa berada di tangga teratsa untuk membentuk sahsiah and akhlak anak-anak. Ibu bapa yang menjadi nadi utama keluarga mestilah menggunakan pendekatan yang diplomatik dan bukanlah ageresif supaya nasihat dan teguran mereka tidak menjadi ibarat hujan jatuh ke pasir. Pihak kerajaan pula perlu mengatur pelbagai strategi agar dapat melahirkan generasi muda yang berketerampilan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Kegagalan untuk membentuk sahsia anak-anak boleh menyebabakan imej dan maruah negara diri anak-anak terjejas secara kronik.

 

Sunday, December 12, 2021

PT3✨ CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM

   Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap diperkatakan dalam surat khabar dan televisyen. Perpaduan kaum mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, isu perpaduan kaum tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara bagi memupuk perpaduan kaum di negara kita.


   Keluarga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana ibu bapa boleh mendidik anak-anak agar berbaik-baik dengan kaum lain. Oleh itu, Ibu bapa mesti menjadi contoh kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat menghormati terhadap jiran berbilang kaum. Semasa hari perayaan kaum pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi rumah jiran tetangga.

  Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Contohnya, masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Jika ada wujudnya masalah kaum, pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

  Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda seseorang tentang sesuatu perkara. Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan iklan iklan yang membawa mesej perpaduan kaum. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebalkan perpaduan kaum.

  Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebalkan perpaduan kaum secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang program yang melibatkan pelbagai kaum di kalangan pelajar sekolah. Antara program yang boleh dilaksanakan lalah program sukan dan bergotong-royong bagi menceriakan kawasan sekolah.

  Pihak lain yang boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum lalah pihak kerajaan. Hal Ini kerana pihak kerajaan mempunyal sumber kewangan bag melaksanakan program yang boleh memupuk perpaduan kaum Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan program yang baik ke arah perpaduan kaum dan la mesti diteruskan Pihak kerajaan juga boleh menangkap individu yang cuba untuk merosakkan perpaduan kaum

  Sebagal kesimpulan, terdapat beberapa cara untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Semua kaum mesti mementingkan negara daripada kepentingan diri sendiri dan kaum. Pada pendapat saya, perpaduan haum membolehkan Malaysia menjadi destinasi pelabur asing untuk melabur. Justeru, perpaduan kaum yang wujud membolehkan Malaysia terus aman dan maju

KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR (tahap2)

  Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Hutan, ungal laut. uclara, dan sebagainya penting kepada semua hidupan di muka bumi Kita perlu menjaga alam sekitar supaya semua hidupan dapat hidup harmoni. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan manusia. Hal ini dapat mencegah pelbagai penyakit berbahaya seperti denggi dan faun

  Setiap insan harus juga ada perasaan tanggungjawab untuk memulihara alam sekeliling. Hal ini penting bagi mengelakkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat.

  Selain itu, penerokaan hutan yang tidak terkawal dapat mewujudkan ketidak seimbangan ekosistem seperti kurangnya sumber air sebagai akibat berkurangnya kawasan tadahan hujan.

  Penerokaan juga dapat memusnahkan flora dan fauna yang berharga. Penerokaan perlu demi pembangunan namun harusian diseimbangkan dengan keperluan akan datang. Sebagai contoh, hutan balak perlulah ditanam semula dan haiwan-haiwan liar dipindahkan ke hutan simpan supaya hidupan ini tidak pupus. 

  Oleh itu semua pihak harus sedar tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Janganlah rosakkan alam ini dan jagallah sebaik mungkin.

PT3✨KEBAIKAN INTERNET

 Isu-isu yang berkaitan dengan internet kerap juga menjadi bahan perbincangan dalam televisyen dan surat khabar. Hal Ini kerana Internet boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, kita hendaklah menggunakan internet dengan baik. Sebenarnya, terdapat beberapa kebaikan jika kita menggunakan Internet dengan baik.

  
  Antara kebaikan internet lalah la membolehkan kita mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. Internet banyak digunakan oleh pelajar sekolah dan pelajar universiti untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran. Dengan menggunakan perkhidmatan Internet, kita akan mendapat maklumat yang diperlukan dengan cepat dan kosnya pun murah. Maklumat-maklumat ini boleh dicetak atau disimpan dalam komputer

  Selain itu, kita juga boleh menggunakan Internet untuk menghantar sesuatu berita atau maklumat. Kita boleh menghantar maklumat atau berita melalui perkhidmatan e-mel. Perkhidmatan e-mel ini adalah percuma dan cepat sampal kepada pihak penerima. Pihak penerima juga boleh menghantar maklumat atau berita kepada kita dengan cepat.

  Kebaikan Internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia Dengan ini peniaga pasti akan mendapatkeuntungan yang lebih banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila membeli barang-barang daripada Internet.

  Di samping itu, kita juga boleh membayar pelbagai jenis bil melalui internet. Dengan kemudahan yang ada di Internet ini, kita boleh menjimatkan wang bagi kos pengangkutan untuk membayar bil. Kita juga dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi untuk beratur panjang di kaunter pembayaran bil. Antara bil-bil yang boleh dibayar menggunakan perkhidmatan internet lalah bil telefon, elektrik dan air.

  Dengan menggunakan internet, kita juga boleh mendapatkan pelbagai jenis hiburan. Kita boleh mendengar radio daripada pelbagal stesen radio. Kita juga boleh menonton televisyen daripada pelbagal stesen televisyen. Melalui perkhidmatan internet, kita juga boleh menonton pelbagai jenis sukan seluruh dunia secara langsung

  Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kebaikan internet kepada kita. Namun demikian, internet juga boleh mendatangkan masalah dan kesan negatif kepada kita. Pada pendapat saya, ibu bapa perlu memantau penggunaan Internet di kalangan anak anak mereka. Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk mengurangkan kesan negatif Internet terhadap para pelajar

PT3✨KEBURUKAN VANDALISME

 Isu isu yang berkaitan dengan vandalisme kerap menjadi bahan perbincangan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana vandalisme atau perbuatan merosakkan harta benda awam masih lagi berlaku. Pada pendapat saya, isu vandalisme ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Vandalisme yang berlaku telah mendatangkan beberapa keburukan kepada masyarakat dan negara.

    Antara keburukan vandalisme lalah ia akan menyusahkan orang ramal atau masyarakat Masyarakat akan menghadapi pelbagai masalah dalam urusan seharian Contohnya, jika tandas awam dirosakkan, pasti orang ramal tidak dapat menggunakannya dengan baik dan mereka akan berasa kurang selesa. Jika telefon awam dirosakkan pula, la akan menyusahkan orang ramai menghubungi pihak berkuasa apabila berlaku perkara buruk seperti kebakaran, kemalangan, jenayah dan sebagainya.
    Selain itu, keburukan vandalisme ialah ia akan menyusahkan diri sendiri. Individu yang didapati melakukan perbuatan merosakkan harta benda awam akan ditangkap. Apabila ditangkap, individu ini akan didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman, Pihak media massa pasti akan menyiarkan gambar Individu ini dan ia akan memalukan individu dan keluarga terbabit.

    Vandalisme yang dilakukan oleh anak juga akan menyusahkan ibu bapa. Ibu bapa akan turut berasa malu apabila anak mereka ditangkap kerana melakukan vandalisme. thu bapa juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menjamin anak mereka di mahkamah. Ibu bapa yang mempunyai anak dalam penjara pula akan berasa tertekan dan hal ini pastinya akan menyusahkan dan memalukan mereka.


    Di samping itu, vandalisme juga akan menyusahkan pihak kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk memperbaiki kemudahan awam yang rosak. Kos untuk memperbaiki kemudahan awam yang rosak adalah tinggi. Jika tiada kerosakan pada kemudahan awam, pihak kerajaan boleh menjimatkan wang kerajaan dan wang tersebut boleh digunakan untuk projek pembangunan negara yang lain.
    Akhir sekali, vandalisme juga akan memberikan imej buruk kepada negara. Jika pelancong asing mendapati kemudahan awam banyak yang rosak, maka mereka pasti akan memandang negatif terhadap sikap rakyat Malaysia, Pelancong asing juga mungkin akan bercerita tentang kejadian ini kepada keluarga dan sahabat handal mereka apahila pulang ke negara asal. Dengan ini sektor pelancongan negara pasti akan terjejas.


    Sebagal kesimpulan, terdapat beberapa keburukan perbuatan vandalisme kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, semua pihak mesti menggunakan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan dengan baik. Pada pendapat saya, pihak sekolah boleh memainkan peranan untuk menangani vandalisme di kalangan pelajar Jika vandalisme tidak berlaku di negara kita maka banyak kesan positif akan terjadi kepada masyarakat dan negara.

Saturday, December 4, 2021

SPM✨ Surat Rasmi (domain : awam)

 Ibu bapa perlu lebih banyak memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan keluarga, memandangkan sebanyak 95 peratus kes disiplin murid berpunca daripada keluarga yang bermasalah, kata pakar motivasi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsali.Beliau berkata, menurut kajian, golongan yang bermasalah ini terdiri daripada mereka yang mempunyai ibu bapa tetapi telah bercerai, selain tindakan ibu bapa yang melayan anak dengan kasar seperti menengking dan memukul."Kasih sayang perlu bermula dari rumah, iaitu daripada ibu bapa sendiri supaya masalah ini tidak akan berterusan sehingga mewujudkan masalah sosial. Kasih sayang juga perlu dipupuk di sekolah. Guru-guru dan murid perlu mempamerkan kasih sayang. Dengan ini, masalah displin akan berkurangan," katanya.

 (Dipetik daripada rencana "95% Masalah Disiplin Berpunca daripada Keluarga Bermasalah", BERNAMA, 3 April

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak. Sejak akhir-akhir ini, mutu disiplin murid di sekolah anda semakin merosot. Sebagai murid yang prihatin, anda ingin menulis surat aduan kepada guru disiplin sekolah anda tentang hal tersebut dengan menyatakan masalah-masalah yang berlaku.

Tulis surat tersebut sepunuhnya.


Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jelok,

36750 Langkap,

Perak Darul Ridzuan.

                                                                                                                       

Ketua Guru Disiplin,

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jelok,

36750 Langkap,

Perak Darul Ridzuan.                                                                                         15 Mac 2021


Tuan,

 

Aduan tentang Masalah Disiplin Murid Sekolah

 Merujuk perkara di atas saya, Dharma Dharishini, murid Tingkatan Lima Cekal ingin membuat aduan tentang masalah disiplin murid di sekolah kita yang pada pendapat saya semakin serius sejak kebelakangan ini

2 Antara masalah disiplin yang paling membimbangkan ialah semakin banyak murid sekolah ini yang menghisap rokok di kawasan sekolah Aktiviti yang membahayakan kesihatan ini biasanya dilakukan oleh murid tingkatan tiga, empat, dan lima Mereka menghisap rokok di belakang blok Kemahiran Hidup yang agak terpencil dari bangunan bangunan lain Biasanya, mereka menghisap rokok di situ pada waktu rehat dan selepas waktu persekolahan berakhir Memang ada pengawas yang mengetahui kegiatan ini tetapi tidak ada sesiapa yang berani membuat laporan kepada tuan kerana bimbang akan keselamatan mereka

3. Selain itu, masalah disiplin yang agak kritikal ialah masalah murid ponteng sekolah. Murid yang ponteng sekolah ini biasanya melepak di sebuah rumah kosong yang terletak di kawasan belukar di hadapan sekolah. Pada setiap hari dianggarkan 15 orang murid tingkatan empat yang ponteng sekolah Murid murid itu terdiri daripada murid Tingkatan Empat Tabah dan Tingkatan Empat Gigih Hal yang membimbangkan adalah pada waktu itu mereka menghisap rokok dan turut menonton video pornografi Tuntasnya, sepanjang tempoh ponteng itu, mereka bebas melakukan aktiviti yang negatif.

 4. Sekolah ini juga turut berhadapan dengan masalah disiplin yang lain, iaitu budaya peras ugut demi mendapatkan wang kegiatan ini dilakukan oleh murid murid yang sensor kepada murid tingkatan satu dan dua Kegiatan ini menyebabkan murid murid yang menjadi mangsa peras ugut berada dalam ketakutan dan mereka terpaksa tunduk terhadap ugutan murid tersebut. Murid murid yang menjadi mangsa peras ugut tidak berani melaporkan kegiatan mu kepada ibu bapa atau guru kerana bimbang akan diambil tindakan oleh murid senior berkenaan Saya telah beberapa kali terserempak dengan murid yang melakukan perbuatan ini dan menasihati mereka supaya tidak melakukan aktiviti ini tetapi nasihat saya langsung tidak diendahkan

 5. Satu lagi masalah disiplin murid di sekolah ini ialah tidak prihatin terhadap kebersihan sekolah Mand sewenang-wenangnya membuang sampah di merata rata tempat tanpa sekelumit pun rasa bersalah. Natijahnya, sampah sarap bertaburan di merata-rata tempat di sekolah kita. Hal ini amat menyedihkan kerana sebuah sekolah yang cemerlang seharusnya mempunyai persekitaran yang bersih dan ceria. Malahan, ada dalam kalangan murid sekolah ini yang seolah-olah membuli pekerja sekolah supaya mengutip sampah yang dibuang oleh mereka.

 6. Berdasarkan masalah-masalah yang saya utarakan tadi, saya suka mengesyorkan langkah-langkah yang proaktif untuk menanganinya. Pertama sekali, saya memohon jasa baik tuan dan guru-guru disiplin yang lain membuat rondaan di kawasan bangunan Kemahiran Hidup. jika perlu, mintalah kepada tuan pengetua untuk memasang kamera litar tutup di bangunan tersebut. Bagi mengatasi masalah ponteng sekolah pula, pihak sekolah perlu memanggil ibu bapa murid yang terlibat. Hal ini demikian kerana, ada ibu bapa yang tidak tahu tentang kegiatan ponteng yang dilakukan oleh anak mereka. Satu lagi, untuk mengatasi masalah peras ugut, pihak sekolah patut bertindak tegas terhadap murid-murid yang terbabit. Sementara itu, bagi mengatasi masalah kebersihan, pihak sekolah patut mengadakan kempen kebersihan dan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

 7. Saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah disiplin sekolah kita sejajar dengan seruan Kementerian Pelajaran yang mahu mewujudkan sekolah selamat. Segala usaha dan tindakan proaktif yang bakal tuan ambil saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 Sekian, terima kasih.

 Yang benar,

Erwina

(ERWINA EHSAN)

Setiausaha Jawatankuasa Majalah "Bagus"

Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby.

 

 

 

 


Monday, August 23, 2021

PT3✨KEBAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN

    Pemimpin masyarakat selalu mengingatkan masyarakat tentang amalan semangat kejiranan. Amalan semangat kejiranan ini penting kepada masyarakat terutama dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan agama seperti di negara kita. Pada pendapat saya, hal-hal semangat kejiranan ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat terutama golongan muda. Semangat kejiranan perlu kita amalkan kerana la dapat mendatangkan beberapa kebaikan kepada masyarakat dan negara.

    Dengan amalan semangat kejiranan, kita akan mendapat bantuan kecemasan dengan segera. Hal ini kerana jiranlah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Antara kes kecemasan yang mungkin terjadi ialah kemalangan dan kebakaran. Selain itu, jiran juga boleh membantu menghantar kita ke klinik untuk mendapatkan rawatan jika kita sakit.

    Keselamatan rumah kita juga terjamin jika adanya semangat kejiranan. Hal ini kerana jiran akan membantu kita mengawasi keselamatan rumah apabila kita tiada di rumah. Contohnya, jika ada pencuri memasuki rumah kita, jiran akan menelefon polis bagi memaklumkan kejadian tersebut. Oleh itu, wajarlah kita membelikan buah tangan untuk jiran sebagai tanda terima kasih kerana menjaga keselamatan rumah kita.

    Amalan semangat kejiranan juga dapat memupuk sikap saling membantu dalam majlis keramalan yang diadakan. Sikap saling membantu ini jelas dapat kita lihat dalam majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Jiran akan membantu apa yang patut sehingga majlis itu selesal. Kadangkala jiran juga memberikan sumbangan kewangan untuk menjayakan majlis yang diadakan.

    Di samping itu, semangat kejiranan juga dapat membendung perbuatan negatif di kalangan anak-anak. Anak-anak akan berasa takut untuk melakukan perbuatan negatif ketika ibu bapa tiada di rumah. Hal ini kerana jiran akan memberitahu kepada ibu bapa atau menegur perbuatan negatif yang dilakukan oleh anak-anak semasa ibu bapa mereka tiada di rumah. Jiran juga akan menasihati anak-anak mereka supaya tidak melakukan perbuatan yang negatif seperti bermain mercun, melepak dan berlumba motor yang boleh mengganggu kesejahteraan jiran.

    Amalan semangat kejiranan juga dapat memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang pelbagai kaum di negara kita. Dengan mengamalkan semangat kejiranan, kita dapat hidup. dalam keadaan yang harmoni dan tenteram. Sektor pelancongan negara pasti akan terus berkembang dengan baik kerana pelancong suka melancong ke negara yang aman dan damai. Pihak kerajaan pula dapat merancang pelbagai program untuk membangunkan negara dengan lebih mudah.

    Sebagai kesimpulan, semangat kejiranan yang diamalkan dalam masyarakat memberikan banyak kebaikan. Dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai pelbagal kaum dan agama, semangat kejiranan mestilah terus diamalkan oleh masyarakat. Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen memupuk semangat kejiranan melalui stesen televisyen dan radio. Dengan usaha semua pihak, saya pasti semangat kejiranan akan terus terpelihara dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

PT3✨KEBAIKAN TELEFON BIMBIT

     Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang dimiliki oleh ramai rakyat Malaysia. Pada masa kini telefon bimbit dianggap sebagai satu keperluan dalam kehidupan seharian. Pada pendapat saya, telefon bimbit telah banyak mempengaruhi gaya hidup kita pada masa ini. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan telefon bimbit.

    Antara kebalkan telefon bimbit lalah ia boleh dijadikan sebagal alat perhubungan. Contohnya, telefon bimbit membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung untuk bertanya khabar. Telefon bimbit juga penting kepada pemandu kenderaan apabila berlaku sesuatu kemalangan di jalan raya. Jika berlaku kerosakan kenderaan pula, pemandu boleh menghubungi bengkel membaiki kenderaan atau juruteknik untuk membaiki kenderaan tersebut.

    Selain itu, telefon bimbit juga boleh dijadikan sebagai alat untuk melayari internet. Pada masa kini, perkhidmatan internet amat penting kepada para peniaga. Ramai pelajar universiti dan orang awam juga turut menggunakan perkhidmatan internet ini. Dengan. menggunakan telefon bimbit, kita boleh melayari internet di mana sahaja, pada bila-bila masa dan dapat memperolehi sesuatu maklumat yang diperlukan dengan cepat.


    Seterusnya, kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagai alat hiburan. Dengan memiliki telefon bimbit, kita dapat mendengar lagu dan rancangan di radio. Pada masa kini, telefon bimbit juga boleh digunakan untuk menonton rancangan di televisyen. Di dalam telefon bimbit ini juga ada pelbagai jenis permainan dan permainan ini amat disukai oleh golongan muda bagi mengisi masa lapang mereka.


 Di samping itu, telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai kamera. Kita boleh menangkap pelbagai jenis gambar dan gambar ini boleh disimpan di dalam komputer atau dicetak. Telefon bimbit juga boleh berfungsi sebagai alat perakam video. Dengan memiliki telefon bimbit, kita boleh menjimatkan wang kerana kita tidak perlu lagi membeli alat perakam video.


    Telefon bimbit juga membolehkan kita memasuki pelbagai jenis pertandingan. Kita berkemungkinan memenangi pelbagai hadiah apabila menyertai pertandingan tersebut. Kita juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menderma wang melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Dengan menggunakan telefon bimbit, kita dapat melakukan banyak perkara dengan mudah dalam kehidupan seharian.

    Sebagai kesimpulan terdapat banyak kebaikan telefon bimbit dalam kehidupan kita seharian. Namun demikian, telefon bimbit juga boleh membawa keburukan kepada kita jika tidak digunakan dengan baik. Pada pendapat saya, ibu bapa perlu mengawasi penggunaan telefon bimbit di kalangan anak-anak mereka. Pada masa hadapan, saya pasti telefon bimbit yang lebih canggih akan dicipta dan memberi lebih banyak kebaikan kepada kita.


Saturday, August 7, 2021

KEBAIKAN KOMPUTER (karangan pt3)

    

     Pada masa ini ramai orang menggunakan komputer dalam kehidupan seharian. Komputer dianggap sebagai keperluan oleh pelajar universiti dan syarikat perniagaan. Pada pendapat saya, ibu bapa perlu membeli komputer untuk digunakan oleh ahli keluarga. Terdapat beberapa kebaikan jika kita menggunakan komputer dalam kehidupan seharian.
    
    Antara kebaikan komputer ialah memberi kebaikan kepada pelajar sekolah dan pelajar universiti. Dengan adanya komputer pelajar boleh menggunakan komputer untuk menaip kerja kursus. Pelajar juga boleh menggunakan komputer untuk melayari internet bagi mendapatkan bahan tambahan pembelajaran. Semua bahan yang ditaip dalam komputer ini boleh disimpan dan gunakan semula apabila diperlukan kelak.

    Kanak-kanak juga dapat manfaat daripada penggunaan komputer. Kanak-kanak boleh menggunakan komputer untuk belajar dan membuat latihan. Sesungguhnya, belajar dengan menggunakan komputer lebih menyeronokkan kanak-kanak. Kanak-kanak juga boleh menggunakan komputer untuk bermain kerana di dalam komputer terdapat pelbagai jenis permainan yang boleh membantu merangsang minda kanak-kanak.

    Di samping itu, lapangan terbang juga mendapat manfaat daripada penggunaan komputer. Segala urusan tentang penjualan tiket kapal terbang dapat berjalan dengan lancar dengan menggunakan komputer. Kapal terbang juga dapat berlepas dan mendarat dengan teratur dan selamat. Penggunaan komputer dalam kapal terbang juga dapat memudahkan juruterbang mengawal pergerakan kapal terbang.

    Penggunaan komputer juga telah memudahkan urusan pejabat kerajaan. Pejabat kerajaan dapat berfungsi dengan lebih baik sekaligus dapat memudahkan urusan pelanggan. Contoh, jabatan kerajaan yang banyak menggunakan komputer dalam urusannya ialah Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Jabatan Pendaftaran Negara akan dapat mengenal pasti identiti seseorang melalui cap jari yang disimpan dalam sistem komputer.

    Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai kebaikan penggunaan komputer kepada masyarakat dan pihak kerajaan. Namun demikian, komputer juga boleh mendatangkan kesan negatif apabila disalahgunakan. Pada pendapat saya, para pelajar perlu diajar menggunakan komputer dengan cara yang baik. Pihak kerajaan pula perlu membantu rakyat memiliki komputer demi kebaikan negara pada masa akan datang.

    Selain itu, komputer juga dapat memudahkan urusan pihak pengurusan bank. Contohnya, dengan penggunaan komputer, segala urusan keluar dan masuk wang dapat dijalankan dengan cepat dan mudah. Dengan ini masa menunggu pelanggan. akan berkurangan dan la dapat menyenangkan pelanggan. Penggunaan komputer juga membolehkan data-data pelanggan dapat disimpan dengan selamat.

Friday, August 6, 2021

CARA-CARA MENINGKATKAN AKTIVITI RIADAH (Karangan pt3)


    Hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti riadah kerap diperkatakan apabila kita membincangkan tentang amalan gaya hidup sihat. Aktiviti riadah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan apabila dilakukan bersama keluarga. Pada pandangan saya, aktiviti riadah ini perlu dilakukan oleh setiap keluarga sekerap mungkin. Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan aktiviti riadah dalam kalangan keluarga dan masyarakat.

    Keluarga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan aktiviti riadah. Ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk melakukan aktiviti riadah pada hujung minggu atau cuti umum. Aktiviti riadah ini boleh dilakukan di taman rekreasi atau di tepi pantai. Anak-anak yang sudah terbiasa dengan aktiviti riadah pasti akan melakukannya apabila mereka dewasa dan berkeluarga kelak.

    Selain itu, sekolah juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan aktiviti riadah. Guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan boleh mengingatkan pelajar tentang kebaikan aktiviti riadah. Pihak sekolah boleh memasukkan aktiviti riadah dalam program perkhemahan pelajar. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan aktiviti riadah di sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

    Media massa seperti televisyen juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan aktiviti riadah. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda masyarakat. Stesen televisyen contohnya boleh memaparkan rencana tentang kebaikan aktiviti riadah. Stesen televisyen juga boleh menunjukkan lokasi-lokasi menarik dan popular yang boleh dijadikan tempat aktiviti riadah untuk seisi keluarga.

    Di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan aktiviti riadah. KKM boleh mengeluarkan risalah tentang kebaikan aktiviti riadah. KKM juga boleh mengadakan ceramah di sekolah-sekolah bagi menerangkan kebaikan aktiviti riadah pada kesihatan kita. Ceramah tentang aktiviti riadah juga boleh diadakan di pusat pengajian tinggi, sektor awam dan juga sektor swasta.

    Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan aktiviti riadah. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk membina tempat bagi mengadakan aktiviti riadah. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen riadah pada peringkat kebangsaan. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang merosakkan kemudahan awam yang terdapat di tempat riadah demi menjamin keselesaan rakyat yang ingin beriadah bersama keluarga.

    Kesimpulannya, terdapat beberapa cara untuk meningkatkan aktiviti riadah dalam kalangan masyarakat. Sesungguhnya, aktiviti riadah banyak kebaikannya kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, aktiviti riadah ini perlu dipupuk dalam kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Dengan melakukan aktiviti riadah pasti kesihatan kita akan menjadi lebih baik dan kehidupan kita akan menjadi lebih bahagia.

Online shopping

  Online shopping has become a popular trend in recent years, with more and more people opting to purchase goods and services online. This m...