Sunday, December 12, 2021

PT3✨KEBURUKAN VANDALISME

 Isu isu yang berkaitan dengan vandalisme kerap menjadi bahan perbincangan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana vandalisme atau perbuatan merosakkan harta benda awam masih lagi berlaku. Pada pendapat saya, isu vandalisme ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Vandalisme yang berlaku telah mendatangkan beberapa keburukan kepada masyarakat dan negara.

    Antara keburukan vandalisme lalah ia akan menyusahkan orang ramal atau masyarakat Masyarakat akan menghadapi pelbagai masalah dalam urusan seharian Contohnya, jika tandas awam dirosakkan, pasti orang ramal tidak dapat menggunakannya dengan baik dan mereka akan berasa kurang selesa. Jika telefon awam dirosakkan pula, la akan menyusahkan orang ramai menghubungi pihak berkuasa apabila berlaku perkara buruk seperti kebakaran, kemalangan, jenayah dan sebagainya.
    Selain itu, keburukan vandalisme ialah ia akan menyusahkan diri sendiri. Individu yang didapati melakukan perbuatan merosakkan harta benda awam akan ditangkap. Apabila ditangkap, individu ini akan didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman, Pihak media massa pasti akan menyiarkan gambar Individu ini dan ia akan memalukan individu dan keluarga terbabit.

    Vandalisme yang dilakukan oleh anak juga akan menyusahkan ibu bapa. Ibu bapa akan turut berasa malu apabila anak mereka ditangkap kerana melakukan vandalisme. thu bapa juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menjamin anak mereka di mahkamah. Ibu bapa yang mempunyai anak dalam penjara pula akan berasa tertekan dan hal ini pastinya akan menyusahkan dan memalukan mereka.


    Di samping itu, vandalisme juga akan menyusahkan pihak kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk memperbaiki kemudahan awam yang rosak. Kos untuk memperbaiki kemudahan awam yang rosak adalah tinggi. Jika tiada kerosakan pada kemudahan awam, pihak kerajaan boleh menjimatkan wang kerajaan dan wang tersebut boleh digunakan untuk projek pembangunan negara yang lain.
    Akhir sekali, vandalisme juga akan memberikan imej buruk kepada negara. Jika pelancong asing mendapati kemudahan awam banyak yang rosak, maka mereka pasti akan memandang negatif terhadap sikap rakyat Malaysia, Pelancong asing juga mungkin akan bercerita tentang kejadian ini kepada keluarga dan sahabat handal mereka apahila pulang ke negara asal. Dengan ini sektor pelancongan negara pasti akan terjejas.


    Sebagal kesimpulan, terdapat beberapa keburukan perbuatan vandalisme kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, semua pihak mesti menggunakan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan dengan baik. Pada pendapat saya, pihak sekolah boleh memainkan peranan untuk menangani vandalisme di kalangan pelajar Jika vandalisme tidak berlaku di negara kita maka banyak kesan positif akan terjadi kepada masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment

Online shopping

  Online shopping has become a popular trend in recent years, with more and more people opting to purchase goods and services online. This m...