Friday, September 18, 2020

PT3✨ KEPENTINGAN KEGIATAN KOKURIKULUM

 BINCANGKAN KEPENTINGAN KEGIATAN KOKURIKULUM KEPADA PELAJAR 

                             

   Kegiatan kokurikulum boleh didefinisikan sebagai aktiviti luar bilik darjah. Aktiviti ini dikhaskan kepada para pelajar dsn biasanya diadakan pada hari rabu setiap minggu. Lazimnya, aktiviti ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu sukan, kelab dan persatuan.

   Aktiviti kokurikulum dapat menjamin kesihatan. Maksudnya, aktiviti kokurikulum dapat menjadikan badan sihat dan kuat. Bermain bola sepak dan hoki dapat menambah pepeluhan. Pepeluhan dapat menyingkirkan bahan kumuhan seperti garam berlebihan kolestrol juga akan berkurangan dan masalah kegemukan dapat diatasi. Hasilnya, badan menjadi cergas manakala otak menjadi cerdas. Para pelajar berupaya merampingkan badan di samping menghindarkan diri daripada penyakit.

   Selain itu aktiviti kokurikulum mampu menambah ilmu pengetahuan seseorang. Kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada para pelajar meluaskan ilmu melalui aktiviti-aktiviti yang berbentuk ilmiah seperti kuiz, syarahan, perbahasan dan pertandingan esai dan mendeklamasikan sajak yang biasa dikelolakan oleh persatuan berbentuk bahasa. Umpamanya, Persatuan Bahasa Melayu. Kegiatan yang berbentuk pengetahuan ini akan melahirkan para pelajar yang matang, bijak dan dinamik.

   Di samping itu, perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan para pelajar sekiranya mereka menaburkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Para penuntut dapat bergaul mesra dan berganding bahu melalui aktiviti kokurikulum. Gotong-royong dan aktiviti perkemahan akan mewujudkan semangat setia kawan, kerjasama, yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar berbilang kaum. Tegasnya, kokurikulum dapat melahirkan perasaan muhibah antara para pelajar.

   Seperkara lagi, kokurikulum membantu para pelajar mengisi waktu senggang. Ertinya, para pelajar tidak membazirkan masa dengan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah seperti melepak, berbual-bual kosong atau tidur melebihi masa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa menyertai akativiti luar bilik darjah ini merupakan hobi yang baik.

   Jadi, jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum membawa seribu satu kebaikan. Oleh yang demikian, para pelajar perlulah diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya dalam satu aktiviti kokurikulum. Walaubagaimanapun, para pelajar tidak harus terlalu banyak melibatkan diri dalam aktiviti ini sehingga menjejaskan pendidikan. Sebaik-baiknya para pelajar perlu pandai membahagikan masa.

1 comment:

Online shopping

  Online shopping has become a popular trend in recent years, with more and more people opting to purchase goods and services online. This m...