Amalan membaca memainkan peranan penting untuk melahirkan golongan yang berilmu pengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka
Pada era globalisasi, peningkatan teknologi kian meningkatkan dalam generasi muda sekarang ini. Generasi muda sekarang asyik dengan gajet-gajet mereka sehingga mereka tidak menerapkan amalan membaca dalam diri mereka. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka.
Ibu bapa perlulah menjadi model kepada anak-anak supaya anak-anak mengikut jejak atau cara ibubapa dan dijadikan sebagai model peranan. Dengan menunjukkan sikap positif bahawa membaca adalah menyenorokkan. Kesannya anak-anak kini dapat menambah pengetahuan dan memupuk amalan membaca. Ibu bapa memainkan peranan penting kerana "bagaimana acuan begitulah kuihnya".
Selain itu, sebagai ibubapa perlulah menyediakan perpustakaan mini di rumah. Bagi menarik minat anak supaya sentiasa membaca buku menambahkan keseronokan amalan membaca di rumah. Dengan cara, menyediakan pelbagai jenis buku contohnya, komik yang berfaedah serta buku-buku yang dapat membimbing minda anak-anak dengan berpengetahuan tinggi. Anak-anak tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk meminjam buku ini serta dapat mengisi masa lapang anak-anak dengan perkara yang berfaedah kerana kemudahan yang ada di rumah telah mencukupi. Membaca jambatan ilmu kerana semakin banyak membaca sentiasa bertambah pengetahuan. Sebagai ibubapa perlulah menyediakan perpustakaan mini di rumah supaya memupuk amalan sejak kecil lagi.
Seterusnya, ibubapa perlulah membeli buku sebagai hadiah kepada anak-anak supaya dapat melahirkan rasa minat terhadap buku. Dengan membeli sebuah buku cerita yang berwarna-warni agar dapat menarik perhatiannya. Anak-anak dapat pengajaran yang bermanfaat daripada buku tersebut. Bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ibubapa mestilah membeli buku yang boleh menjana ilmu berpengetahuan yang tinggi.
Di samping itu, ibu bapa perlulah membawa anak-anak ke perpustakaan dan membaca bersama-sama. Hal ini boleh menambahkan ilmu anak-anak dari bahan bacaan lain. Sebagai contoh, mencari buku yang mempunyai isi yang berfaedah serta bermanfaat yang boleh diamalkan. Dengan ini, boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dengan keluarga. Bak kata pepatah membaca luar pengetahuan. Oleh itu, Ibu bapa harus memainkan peranan penting untuk memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak supaya menjadi anak-anak yang berpendidikan.
Kesimpulannya, amalan membaca merupakan perkara yang penting kepada seseorang. Oleh itu, anak-anak perlu diberi perhatian penuh dan diberi pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah songsang supaya masa depan mereka terjamin.
karangan yang baik
ReplyDeleteKarangan yang baik
ReplyDeleteThis essay is very helpful in my bm karangan
ReplyDeleteThis essay very helpful in my bm essay
ReplyDelete