KEBURUKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan perbincangan dalam surat khabar.Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang kerap berlaku di negara kita. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Pencemaran alam sekitar yang berlaku telah mendatangkan beberapa keburukan kepada masyarakat dan negara.
Pencemaran alam sekitar juga boleh menyebabkan keseimbangan alam sekitar terjejas. Apabila banyak hutan ditebang, kandungan gas oksigen akan berkurangan manakala kandungan karbon dioksida pula meningkat. Pencemaran udara juga akan mengebabkan berlakunya hujan asid. Selain itu menurut kajian, cuaca dunia yang tidak menentu adalah disebabkan oleh kadar pencemaran alam yang semakin bertamban.
Di samping itu, pencemaran alam sekitar telah menjejaskan sektor pertanian negara.Hasil pertanian didapati semakin menurun dan kualitinya pula menjadi kurang baik.Petani terpaksa menggunakan baja yang banyak untuk meningkatkan hasil dan hal ini boleh menjejaskan kesihatan manusia. Pembiakan hidupan laut seperti lkan dan udang juga semakin berkurangan akibat pencemaran air sungal dan laut.
Pencemaran alam sekitar yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor pelancong negara terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap. Pantai - pantai yang cantik juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada kapal laut. Oleh itu, para pelancong tidak mahu datang ke kawasan pelancongan lni dan kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membersihkan tempat-tempat pelancongan ini.
Karangan yang baik
ReplyDelete