SAHABAT SAYA
Hampir setiap orang mempunyai sahabat, begitu juga dengan saya. Bagi saya, sahabat saya ialah orang yang paling kita dipercayai dan disayangi selain ahli keluarga.
Nama sahabat saya ialah Vaishnavy. Dia berumur 9 tahun. Dia lahir pada 04 Disember 2011. Negeri kelahirannya ialah Negeri Sembilan.
Cita-cita Vaishnavy ialah doktor. Dia ingin menjadi doktor kerana mahu berbakti kepada masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, dia rajin mengulang kaji pelajaran tidak kira siang atau malam.
Vaishnavy mempunyai sebuah keluarga yang agak besar. Dia merupakan anak ke dua daripada lima orang adik beradik. Bapanya bekerja sebagai anggota polis, manakala ibunya hanya suri rumah.
Makanan kegemaran Vaishnavy ialah nasi ayam. Hampir setiap rabu, dia akan membawa bekal nasi ayam untuk kami makan bersama pada waktu rehat. Minuman kegemarannya ialah jus oren.
Saya amat menghormati dan menyayanginya kerana dia seorang yang baik hati dan penyabar...
Karangan yang baik
ReplyDelete