๐ญ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ฒ๐๐๐ฅ๐ค๐ง๐๐ฃ
1. Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal, peristiwa, ataupun kajian.
2. Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada empat jenis:
(a)Laporan kegiatan persatuan
(b) Laporan aktiviti seperti perbahasan, lawatan,bercerita, atau pameran
(c) Laporan minit mesyuarat
(d) Laporan kajian
3.Calon perlu benar-benar terlibat atau mengetahui peristiwa yang dilaporkan dan mesti berdasarkan kenyataan, bukan khayalan.
4. Elakkan menggunakan bahasa kreatif.
5.Format laporan tentang kegiatan persatuan dan laporan aktiviti seperti berikut:
(a) Tajuk laporan ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata kecuali kata sendi, kata hubung, dan kata sandang, lalu digariskan di bawahnya atau huruf besar sepenuhnya.
(b) Isi dimulakan dengan pendahuluan dan diakhirie dengan penutup, sama seperti karangan biasa.
(c) Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir dengan melangkau dua atau tiga baris kosong dan diakhiri dengan tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar.
(d) Tarikh ditulis di sebelah kanan, setentang dengan pengakuan pelapor.
(e) Tandatangan pelapor ditulis di sudut kiri selepas pengakuan pelapor.
(f) Nama pelapor ditulis dengan huruf besar sepenuhnya dalam kurungan selepas tandatangan.
(g) Jawatan pelapor dan nama persatuan yang diwakili ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan diakhiri dengan tanda noktah.
6.Biasanya ungkapan yang diutarakan ialah "berikan pendapat", dan "kemukakan hujah".
7.Untuk mencantikkan penghujahan, calon digalakkan menyertakan pendapat tokoh tertentu, peribahasa, hadis, mutiara kata, dan puisi.
๐ฒ๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐/๐๐ก๐๐จ๐๐ฃ
1. Karangan jenis ini termasuk juga esei.
2. Karangan jenis ini ditulis untuk siaran akhbar atau majalah.
3. Ditulis untuk memberikan penerangan tentang sesuatu tajuk atau isu bagi maklumat para pembaca.
4 .Rencana boleh ditulis dalam bentuk rencana berita dan rencana umum.
5. Ditulis berdasarkan pemerhatian, penyelidikan, dan wawancara.
6. Bagi rencana bersifat ilmiah, calon perlu memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam.
7. Laras bahasa berdasarkan jenis rencana sama ada rencana akademik, hiburan, politik, kebudayaan, dan agama.
8. Perlu meletakkan tajuk dan nama penulis rencana.
๐ฒ๐๐ช๐ง๐๐ฉ ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ข๐
1.Surat kiriman rasmi ialah karangan berformat dan calon perlu mematuhi format yang ditetapkan untuk mengelakkan ditolak empat markah.
2 .Beberapa contoh surat kiriman rasmi ialah surat permohonan, surat aduan/ bantahan, surat perniagaan, surat rayuan, surat undangan, dan surat cadangan.
3. Calon perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat, padat, dan elakkan bahasa yang berbunga-bunga.
4. Format surat kiriman rasmi adalah seperti berikut:
(a) Alamat pengiriman ditulis lengkap di sudut atas sebelah kanan.
(b) Garisan panjang melintang dibuat selepas menulis alamat pengirim selang satu atau dua baris kosong dari alamat pengirim.
(c) Nama dan alamat penerima ditulis di bawah garisan panjang, iaitu di sudut sebelah kiri serta sejajar dengan alamat pengirim. Baris akhir alamat penerima perlu digaris.
(d) Tarikh ditulis di sebelah kanan surat, iaitu sebaris dengan alamat akhir penerima. Hari bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar sepenuhnya dan diletak noktah (.).
(e) Panggilan hormat penerima, contohnya Tan Sri, Datuk Seri, Tuan, Puan, dan sebagainya ditulis di bawah alamat penerima selepas melangkau satu atau dua baris kosong.
(f) Perkara surat ditulis selepas panggilan hormat penerima sesudah melangkau satu atau dua baris kosong. Gunakan huruf besar untuk setiap awal kata (kecuali kata sendi, kata hubung, dan kata sandang). Jangan sesekali letakkan noktah (.) di akhir ayat.
(g) Perenggan pendahuluan dimulakan dari tepi surat selepas melangkau satu atau dua baris kosong. Nombor tidak perlu diberikan pada awal perenggan pertama.
(h) Setiap perenggan isi diberikan nombor serta tanda noktah (.). Permulaan ayat ditulis ke dalam sedikit. Bagi perenggan yang mempunyai pecahan, gunakanlah huruf abjad (a), (b), dan seterusnya.
(i) Perenggan penutup dimulakan dari tepi surat, sejajar dengan perenggan pendahuluan dan tidak diberikan nombor.
(j) Pengakuan pengirim, misalnya Yang benar, Yang menjalankan tugas, Yang ikhlas, dan seumpamanya ditulis di sebelah kiri surat selepas perenggan penutup dengan melangkau dua atau tiga baris kosong. Huruf pertama pada kata mestilah huruf besar dan perlu diakhiri dengan tanda koma (,).
(k) Tandatangan pengirim diletakkan di sudut kiri surat selepas pengakuan pengirim.
(l) Nama pengirim ditulis surat dengan huruf besar sepenuhnya dan terletak dalam kurungan. Jawatan pengirim diletak di bawah nama pengirim.
5.Kelemahan calon ialah tidak mematuhi format yang ditetapkan (dengan mencampuradukkan format surat kiriman tidak rasmi), menggunakan panggilan yang salah, dan bahasa kreatif.
๐ฒ๐๐ช๐ง๐๐ฉ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐จ๐ข๐
1.Karangan ini jenis berformat.
2. Ada beberapa jenis surat tidak rasmi seperti surat bertanya khabar dan ingin mengetahui sesuatu perkara, surat tahniah, dan surat takziah.
3. Walaupun surat tidak rasmi, tetapi penggunaan bahasa perlu baku dengan mematuhi hukuma tatabahasa.
4. Gunakan bahasa yang mudah, tepat, dan padat yang sesuai kepada sasaran penerima.
5.Gunakanpanggilan yang sesuai seperti kakanda/kanda, ibunda/bonda, ayahanda, nenda, dan cucunda.
6.Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut:
(a) Alamat pengirim ditulis sepenuhnya di sudut atas sebelah kanan surat.
(b) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dan bubuh tanda noktah (.) di hujungnya.
(c) Pembuka kata dimulakan dari tepi selepas selang satu atau dua baris kosong dan tarikh(cara lama dimulakan ke tengah sedikit).
(d) Kata ganti diri penerima ditulis di sebelah kiri tepi surat (tidak perlu ke dalam sedikit).
(e) Perenggan isi dimulakan ke dalam sedikit sejajar dengan pembuka kata.
(f) Penutup dimulakan ke dalam sedikit, sejajar dengan pembuka kata.
((g) Pengakuan pengirim ditulis di sebelah kanan surat selepas dua atau tiga baris kosong dari penutup dan diakhiri tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar.
(h) Tandatangan ditulis di bawah pengakuan pengirim.
(i) Nama pengirim boleh ditulis atau tidak.
7 Kelemahan calon ialah menulis menyalahi format yang ditetapkan. Sesetengahnya mencampuradukkan dengan format surat kiriman rasmi. Terdapat calon menggunakan bahasa basahan dan tidak menggunakan kata menghadap (panggilan hormat yang betul), contohnya menggunakan panggilan "ayah" sedangkan sepatutnya "ayahanda".